Oct 31, 2010

Jambatan-Jambatan Di Malaysia

0 comments



Jambatan adalah unsur utama dalam jalinan komunikasi di antara bandar-bandar dan pekan-pekan yang dipisahkan oleh permukaan bumi atau sungai yang sukar. Peranan jambatan menjadi sangat penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia, bagi memudahkan jalinan dalam pengangkutan manusia dan barangan.

Pembinaan jambatan sepanjang abad yang lalu telah berubah dari jambatan berstruktur kayu yang ringkas kepada penggunaan besi dan konkrit yang canggih. Di antara jambatan yang dibina menerusi teknik kejuruteraan yang maju pada zaman tersebut adalah Jambatan Victoria, Perak yang dibina pada 1897.

Siri ini memaparkan jambatan-jambatan inovatif yang dibina sehingga kemerdekaan Malaysia pada 1957. Koleksi struktur bersejarah ini diberikan pengiktirafan kerana ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri perlombongan timah, getah dan keseluruhan ekonomi negara.



Jambatan Merdeka, Kedah

Pada 1955, Jambatan Merdeka dibina dan dilancarkan secara rasminya pada 1957, yang merupakan tahun kemerdekaan Tanah Melayu. Merentasi Sungai Muda, sungai terpanjang di Kedah, jambatan ini menjadi penghubung utama bagi pengangkutan barangan dan penduduk sekitar. Sungai ini juga digunakan sebagai tanda sempadan di antara Pulau Pinang dan Kedah. Sungai Muda membekalkan air untuk kegunaan harian dan juga bagi pengairan sawah padi di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Jambatan bergalang konkrit ini direka dan dibina oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.


Jambatan Merdeka, Kedah


Jambatan Victoria, Perak

Jambatan Victoria di Karai, Perak adalah jambatan tertua di Tanah Melayu. Dibina pada tahun 1897, ketika itu ia adalah sebuah jambatan yang terunggul di Timur jauh dari segi kejuruteraannya. Jambatan ini menyediakan hubungan komunikasi untuk pertumbuhan industri perlombongan timah dan juga pembangunan bandar-bandar perlombongan di Semenanjung Tanah Melayu. Dengan pembukaan jambatan ini, keseluruhan kawasan Semenanjung Malaya dari Perai ke Johor Bahru telah dihubungkan dengan perkhidmatan keretapi.

Jambatan Victoria, Perak


Jambatan Kota, Klang

Bandar Klang dipisahkan oleh Sungai Klang dan dihubungkan menerusi Jambatan Brickfield yang dibina pada 1907. Ianya telah musnah pada 1941 semasa Perang Dunia Kedua, di mana ini mengakibatkan kesukaran yang ketara dalam pengangkutan dan komunikasi, terutamanya untuk barangan yang disalurkan dari Pelabuhan Klang ke bandar-bandar lain. Pada 1958, sebuah jambatan dua tingkat telah dibina, yang pertama seumpamanya di Tanah Melayu, dengan laluan pejalan kaki di bahagian bawah. Jambatan galang kerangka dua tingkat ini dinamakan Jambatan Kota.


Jambatan Kota, Klang




Jambatan Sungai Segamat, Johor

Jambatan ini dibina pada tahun 1933 untuk memberi kemudahan pengangkutan di daerah Segamat sebagai usaha kerajaan bagi membangunkan aktiviti pertanian dan ekonomi daerah tersebut. Jambatan Sungai Segamat ini adalah dari jenis Bridge Steel Pratt Girder dan panjangnya adalah 99.43 meter. Ia menyediakan lintasan keretapi yang menyeberangi Sungai Segamat.

Jambatan Sungai Segamat, Johor


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 28.2.2008
Denominasi : 30 sen, 50 sen (dua rekabentuk), RM1
Saiz Setem : 50mm x 30mm
Tebukan : 14
Kandungan Helaian : 20 setem
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Reign Associates Sdn. Bhd.
Sampul Surat hari Pertama : 30 sen
Read more...
Oct 30, 2010

Warisan Negeri Pahang Darul Makmur

2 comments



Biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, putera ketiga Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Hajjah Fatimah binti Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal Pekan pada 24 Oktober 1930.

Baginda menerima pendidikan di Sekolah Melayu Pekan, Sekolah Clifford Kuala Lipis dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Baginda juga mempelajari bahasa Jepun semasa zaman pendudukan Jepun ke Tanah Melayu.

Pada 25 Mei 1944, Baginda telah dimasyhurkan sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pada tahun 1948, Baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Awam di Worchester College, Oxford. Baginda juga mengikuti kursus Kerajaan Tempatan di University College Exeter, Devon. Semasa mengikuti kursus ini Baginda menjalani latihan amali di Urban District Council di Sidmouth, Devon selama tiga tahun.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia SultanHaji Ahmad Shah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tengku Hajjah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 22 April 1954 dan dikurniakan dengan dua putera dan lima puteri. Selepas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tengku Hajjah Afzan pada 29 Jun 1988, Baginda berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom pada 14 Mac 1991 dan dikurniakan seorang putera.

Baginda dimasyhurkan sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya pada 7 Mei 1974. Istiadat Pertabalan Baginda selaku Sultan Pahang yang Kelima telah disempurnakan pada 8 Mei 1975.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah telah bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur selama 36 tahun dan di bawah pemerintahan dan kepimpinan Baginda, rakyat dari setiap lapisan masyarakat kini dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan yang pesat. Baginda, selaku payung Negeri sangat prihatin dan menitikberatkan hal pembangunan dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat Baginda.

Ini dapat dilihat menerusi pelaksanaan tujuh strategi pengukuhan ekonomi negeri iaitu pengukuhan jaringan dan kemudahsampaian, pembesaran kapasiti utiliti, pemantapan modal insan, peningkatan nilai tambah sektor produktif, pelebaran jaringan sosial, peningkatan kualiti hidup dan pemantapan pelaburan swasta.

Majlis Raja-Raja Melayu telah memilih Baginda Sultan Ahmad Shah sebagai Yang Dipertuan Agong Ketujuh dan Baginda melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia dari 25 April 1979 sehingga 25 April 1985.

Di samping menumpukan pemikiran dalam tugas-tugas kepimpinan, baginda turut memainkan peranan aktif dalam dunia pendidikan negara. Baginda diberikan penghormatan menjadi Ketua Lembaga bagi Universiti Islam Antarabangsa pada bulan Februari 1983 dan jawatan tersebut disandang sehingga kini.

Baginda Sultan Haji Ahmad Shah amat menggemari aktiviti luar terutamanya sukan dan Baginda terkenal sebagai pemain polo yang hebat di dalam dan di luar negara semasa zaman muda Baginda. Selain itu, baginda turut melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang lain seperti bola sepak, tenis, hoki dan golf.

Pada 1982, Baginda Sultan Haji Ahmad Shah telah dianugerahkan Anugerah Bola Sepak Olimpik Antarabangsa. Baginda satu-satunya rakyat Malaysia yang dianugerahkan anugerah berprestij itu. Baginda merupakan seorang pemimpin sukan yang berkaliber dan telah memegang jawatan sebagai residen Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak tahun 1984 sehingga kini dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia sehingga tahun 2002.

Di bawah pimpinan Baginda, Malaysia berjaya memperolehi Piala Merdeka selepas 9 tahun dengan mengalahkan Korea Selatan 3-1 dalam masa tambahan pada 17 Februari 1993.

Jelas sekali bahawa Baginda adalah Raja Pemerintah serba boleh dalam semua bidang kehidupan masyarakat. Selain daripada terkenal sebagai Raja yang amat prihatin tentang kebajikan rakyat termasuk rakyat yang ditimpa musibah.

Daulat Tuanku.



Setem 60 sen

Setem bernilai 60 sen ini memaparkan potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah bersama Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom. Setem ini melambangkan keutuhan KDYMM Sultan Pahang yang telah memerintah Negeri Pahang Darul Makmur selama 36 tahun.

Turut dipaparkan di dalam latar belakang setem ini adalah alat-alat kebesaran Diraja Pahang seperti Payung, Panji dan Mahkota, yang digunakan semasa istiadat.


Setem 80 sen

Setem bernilai 80 sen memaparkan KDYMM Sultan Pahang berpakaian lengkap selaku Kolonel Yang DiPertua, tentera Udara Diraja Malaysia. Tenun Pahang iaitu tenunan sutera yang istimewa dari Negeri Pahang dan keris, yang merupakan sebahagian dari warisan Negeri Pahang dipaparkan di latar belakang setem bersama Gamelan Pahang; iaitu alat muzik yang berusia melebihi 200 tahun yang dimainkan di majlis-majlis.



Setem RM1

Setem bernilai RM1 memaparkan KDYMM Sultan Pahang berpakaian rasmi lengkap dengan Darjah-Darjah Kebesaran. Cop Mohor Diraja dan Singgahsana Takhta yang digunakan semasa upacara rasmi sahaja turut dipaparkan di latar belakang setem.



BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 24.10.10
Denominasi : 60 sen, 80 sen, RM1
Saiz Setem : 40mm x 50mm
Tebukan : 14
Kandungan Helaian : 20 setem
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Hazel Design Sdn. Bhd.
Sampul Surat hari Pertama : 30 sen
Read more...
Oct 29, 2010

Ayam Katik

0 comments


Ayam Katik | Malaysian Bantams

Ayam-ayam katik di Malaysia, terutamanya Ayam Serama dan Ayam Kapan adalah sangat dihargai kerana kecantikannya. Pertandingan-pertandingan sering kali diadakan oleh peminat-peminat ayam katik tempatan; pemilihan juaranya adalah berdasarkan kecantikan keseluruhan, gaya, serta lain-lain nilai fizikal yang menarik. Pemeliharaan ayam katik akan kekal sebagai satu hobi yang sangat diminati pada tahun-tahun yang akan datang.



BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 1.8.2001
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 30mm x 40mm
Tebukan : 12¾, 12½
Kertas : Tera air SPM, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Teh Yew Kiang
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Read more...
Oct 24, 2010

Songket Seni Warisan Agung

0 comments


Siri setem ini memaparkan reka bentuk dan motif yang menarik yang boleh didapati pada broked kain Malaysia iaitu songket. Songket dihasilkan dengan memasukkan benang emas dan perak ke dalam garisan antara benang-benang sutera dan kapas pada kain. Ianya sangat eksklusif di kalangan raja-raja Melayu, namun songket kini mampu dimiliki oleh sesiapa saja. Harganya melebihi RM100 sehingga menjangkau puluhan ribu ringgit sehelai bergantung kepada hasil mutu kerja dan jenis kain songket yang digunakan.

Motif kain songket alam semulajadi seperti bunga-bunga, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan tempatan. Konsep yang digunakan menggambarkan keharmonian, keseimbangan, irama, pengulangan corak dan pelbagai saiz motif menunjukkan nilai artistik yang tinggi pada songket tersebut. Manakala penggunaan benang emas dan perak pada songket menyerlahkan kemewahan dan kemasyhuran reka bentuk dan corak fabrik tersebut.

Songket gemar dipakai oleh orang-orang Melayu untuk majlis-majlis tradisional dan majlis-majlis rasmi. Usaha kini sedang giat dijalankan untuk mempromosi songket sebagai kebanggan rakyat dan seterusnya memasyhurkan songket di peringkat antarabangsa.


CORAK-CORAK SONGKET

Pucuk Rebung Gigi Yu

Juga dikenali sebagai corak pucuk rebung, coraknya agak tersusun tetapi kaku. Membentuk formasi seperti ombak dengan hujungnya tajam seperti gigi ikan yu. Ia merupakan rekaan motif flora yang kompleks. Keseluruhan coraknya menggambarkan kesan integrasi dan keharmonian.


Bunga Bertabur Pecah Lapan

Corak bertaburan ini mempunyai motif berulang-ulang bagi menerbitkan ruang penggunaan yang harmoni, seimbang dan mempamerkan kecantikan kain tersebut. Motif bunganya mempunyai 8 kelopak bunga berasingan yang bertemu di tengah.

Pucuk Rebung Gigi Yu dan Bunga Kayohan

Satu lagi corak pucuk rebung yang dihasilkan dengan menggunakan benang emas sahaja. Baris-baris motif bunga ini disusun begitu teliti di bahagian tengah. Corak ini popular sebagai 'kepala' kain songket. Ciri tradisional dan coraknya yang seragam ini menimbulkan perasaan kekaguman terhadap kain songket.

Teluk Berantai Bunga Pecah

Corak ini boleh ditenun dengan menggunakan 10 corak yang berbeza-beza. Juga mempunyai bentuk rantai dan ia ditenun menggunakan benang emas dan perak. Di bahagian tengahnya dipenuhi motif-motif bunga dengan 4 kelopak bunga yang berasingan bagi menghasilkan kesan yang selembut seperti pada kain 'lace'.

Potong Wajik Bertabur

Corak mudah yang bertaburan ini mengujudkan kesan ruang yang luas dan padu, seimbang dan kecantikan visual yang timbul melalui corak-corak yang simetrikal. Motif ini diilhamkan daripada sejenis makanan iaitu pulut manis yang dinamakan potong wajik yang popular sebagai pencuci mulut orang-orang Melayu.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 29.04.2005
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 30mm x 40mm
Tebukan : 14
Kertas : Tera air SPM, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Creative Services Dept. TV3
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Read more...
Oct 18, 2010

Perisytiharan Melaka - Bandaraya Bersejarah

0 comments

Negeri Melaka - negeri yang tertua di Malaysia, mengandungi tinggalan dan warisan sejarah negara yang kaya bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, perjuangan nasionalisme hinggalah ke peristiwa Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara.

Memandangkan kekayaan sejarah yang berbagai-bagai ini, konvensyen Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April 1987 telah merumuskan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia.

Dengan pengiktirafan ini, Kerajaan Negeri Melaka akan dapat bertindak dengan lebih berkesan, meluas dan tegas untuk melayakkan dan melengkapkan dirinya sesuai dengan jangkaan dan status bersejarah ini.


Read more...

Hidupan Liar Yang Diperlindungi Di Malaysia - Siri II

0 comments

KUANG

Burung kuang ini agak besar dan cantik dan terdapat di hutan hujan primer di Malaysia. Terdapat 18 spesies burung kuang di Malaysia dan 30 subspesies ini adalah dikenal pasti. Tiga daripada 18 spesies tersebut dianggap mengalami kepunahan secara antarabangsa. Satu spesies daripadanya dipercayai lenyap di negara ini dan tujuh spesies yang lain sedang mengalami kemusnahan dengan adanya pemburuan dan pemusnahan habitat. 10 spesies adalah dilindungi sepenuhnya dan 5 spesies lagi dilindungi oleh undang-undang Malaysia.


Kuang Raya - Argusianus argus

Kuang Raya ini terdapat di tanah rendah hutan utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Burung ini dilindungi di Sabah dan Sarawak dan dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. Kuang jantan dan kuang betina biasanya hidup bersendirian. Kuang jantan akan mencari tempat lapang dan bersih daripada tumbuh-tumbuhan di dataran tinggi untuk menari. Burung-burung ini hidup dengan memakan guguran buah-buahan, biji-bijian, siput dan serangga seperti semut.
Read more...
Oct 17, 2010

Gaya Hidup Orang Asli

0 comments

Gaya Hidup Orang Asli di Malaysia

Masyarakat orang asli mewakili satu komponen yang kecil tetapi penting di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama. Masyarakat ini tersebar secara rawak sebagai komuniti yang kecil dan sering kali terpencil di Semenanjung Malaysia manakala di negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Borneo mereka membentuk 50-60 peratus daripada jumlah penduduk.

Masyarakat orang asli terdiri daripada hampir seratus kumpulan etnik yang berlainan. Ini termasuklah kira-kira dua puluh suku kaum di Semenanjung Malaysia yang telah dikelompokkan sebagai Negrito, Senoi dan Melayu Asli dari segi pentadbiran. Lebih menakjubkan lagi, negeri-negeri Sabah dan Sarawak mempunyai di antara tiga puluh hingga empat puluh suku kaum yang bertutur di dalam pelbagai bahasa dan dialek.
Read more...
Oct 16, 2010

Pejabat Pos Lama

0 comments
SET 1


SET 2



Pejabat Pos telah mula diwujudkan secara rasminya di England pada tahun 1660. pejabat Pos kemudiannya telah diperkembangkan ke seluruh Empayar British dan negara-negara lain termasuk Malaysia. Pada awal tahun 1800, perkhidmatan pos mula diperkenalkan di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), dan kemudian berkembang ke seluruh Malaysia menjelang awal abad ke-20.

Pejabat Pos merupakan kemudahan untuk tujuan penghantaran, penerimaan, isihan dan pengendalian mel. Kesemua item yang diposkan dipindahkan daripada pejabat pos di kawasan tersebut ke pusat agihan yang dikenali sebagai stesen isihan dan kemudian dihantar kepada penerima. Setiap pejabat pos dipertanggungjawabkan kepada seorang Ketua Pos.


Read more...
Oct 13, 2010

Kenderaan Buatan Malaysia Siri II

0 comments
 

Sejak Malaysia mula melancarkan kereta pertamanya pada tahun 1985, industri permotoran negara semakin giat dan cepat berkembang. Melalui kecanggihan teknologi, senireka dan inisiatif Malaysia berjaya mengeluarkan kenderaan seperti Tiara, Kancil, Kembara, Rusa, Satria, Putra, Inokom, Kenari, TD2000 dan Waja. Kenderaan-kenderaan ini bukan sahaja popular di Malaysia malah terkenal di serata dunia.


Tarikh Keluaran : 9.7.2001



*tiada butiran teknik
Read more...
Oct 10, 2010

Putrajaya Wilayah Persekutuan

0 comments

Putrajaya, yang telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1.2.2001, menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat Malaysia yang baru, kawasan perumahan terancang, taman-taman, pusat komersial dan kebudayaan, pusat kesukanan serta rekreasi dan pusat penerangan teknologi. Meliputi kawasan seluas 4,581 ekar di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia (MSC), bandar ini juga berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Cyberjaya dan ibukota Persekutuan Kuala Lumpur.

Putrajaya merupakan suatu bandar moden yang terancang yang dibina untuk memenuhi cabaran milinia baru disamping mencerminkan kebudayaan yang kaya dan warisan alam semulajadi negara. Sememangnya ia adalah suatu Kota Pintar yang mendapat inspirasi dari alam sekitar untuk menghasilkan suatu Kota Di Dalam Taman.



Tarikh Keluaran : 1.2.2001


*tiada butiran teknik
Read more...
Oct 9, 2010

Panggung Negara

0 comments

Terletak bersebelahan Tasik Titiwangsa di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Kuantan, Istana Budaya, bangunan yang menjadi rumah kepada Panggung Negara Malaysia, ialah teater lirik abad ke-21.

Dengan kos RM210 juta dan meliputi 5.44 hektar keluasan lantai 21,000 meter persegi, Istana Budaya boleh berbangga sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisma pentas yang tercanggih untuk pementasan teater. Kedudukan ini juga meletakkannya di dalam senarai 10 panggung yang tercanggih di dunia dan setaraf dengan Royal Albert Hall di London.

Sungguhpun idea untuk mewujudkan prasarana initimbul pada tahun 1971, kerja-kerja pembinaannya hanya bermula pada tahun 1995. Reka bentuk bangunan ini bercirikan kebudayaan Melayu dengan menggabungkan bahan-bahan tempatan di dalam kemasan dalamannya. Permaidani tebal bermotifkan dedaun pohon beringin menghiasi hampir setiap foyer dan lobi, sementara beberapa lukisan karya pelukis dan Seniman Negara Dato' Syed Ahmad Jamal mewarnai dinding.
Read more...
Oct 8, 2010

Petronas Twin Towers

5 comments


Menara Kembar PETRONAS setinggi 88 tingkat yang diiktiraf sebagai bangunan kembar tertinggi di dunia oleh majlis Bangunan Tinggi dan Kediaman Bandar berdiri tegak dengan megahnya pada ketinggian 452 meter di tengah-tengah Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Sebagai hasil karya seni bina, reka bentuk Menara Kembar itu diilhamkan oleh arkitek termasyhur Cesar Pelli dan didirikan dalam fasa pertama projek bandaraya-dalam-bandaraya, meliputi kawasan seluas 100 ekar, yang dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Sebagai lambang keteguhan dan keanggunan, jalinan reka bentuk yang rumit pada menara itu adalah hasil gemblengan pola-pola geometrik yang lazimnya terserlah dalam seni bina Islam. Sepuhan keluli tahan karat di bahagian luar bangunan memberikan gambaran persis reben perak manakala kacanya yang membalikkan pancaran suria menggerlapan seakan-akan berlian yang indah tercanai. Sebuah jejantas udara sepanjang 58.4 meter di tingkat 41 dan 42 menghubungkan kedua-dua bangunan itu pada ketinggian 170 meter dari paras jalan. Jejantas unik ini dengan sangganya seolah-olah membentuk arca sebuah gapura yang mengalu-alukan pengunjung ke KLCC dan ke seluruh kawasan Kuala Lumpur moden. Ruang legar di tingkat-tingkat ini menjadi tempat persinggahan bagi pengunjung untuk ke tingkat-tingkat lebih tinggi atau ke menara yang sebuah lagi.
Read more...
Oct 7, 2010

[ Selingan ] : Featured Posts Innit

0 comments
hak³.. try bukak Innit pagi ni ternampak plak kejadian di atas.. sukanya aku.. tersenarai di dalam Featured Posts di Innit.. semalam saja test market je.. percubaan pertama untuk mendapatkan 'nang'.. ok la tu, walaupun ciput je 'nang'.. boleh promote blog kat sini..
Read more...
Oct 6, 2010

[ INFO ] : Pameran Filatelik (Philatelic) & Numismatik

1 comments

 

 

 

Pameran Filatelik (Philatelic) & Numismatik

Start :1 Dis 2010 9:00 am
End : 1 Feb 2011 6:00 pm 
Lokasi : Muzium Negara, Kuala Lumpur

Memaparkan setem-setem lama, setem keluaran khas, setem koleksi unggul Jabatan Muzium Malaysia, setem koleksi peribadi, Sampul Surat Hari Pertama serta produk filateli lain khas kepada peminat-peminat setem. Pameran ini diadakan sebagai satu cara untuk meluahkan rasa bangga atas pencapaian negara, memberi penghormatan terhadap aspirasi negara serta meraikan pembangunan dan kecemerlangan yang telah dikecapi hingga ke hari yang diluahkan melalui setem. Dengan kata lain, pameran ini menjadi medium pertemuan di antara pengumpul-pengumpul setem di Malaysia dan seluruh dunia.

Read more...
Oct 5, 2010

Memorial Tunku Abdul Rahman

0 comments











Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah negarawan ulung yang disegani dan dicintai oleh semua rayat negara ini. Jasa bakti Almarhum Tunku, sebagai perintis dan pelopor kemerdekaan negara merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya dalam sejarah negara ini. Nama dan sumbangan Almarhum Tunku akan tertulis dengan tinta emas dalam sejarah negara.

Sebagai tanda penghargaan dan ingatan negara terhadap jasa-jasa Almarhum Tunku, kerajaan telah menubuhkan Memorial Tunku abdul Rahman Putra di bangunan Residensi (bersebelahan Jabatan Perdana Menteri) Jalan Dato' Onn Kuala Lumpur. Di samping itu, dua buah bangunan baru bereka bentuk moden dibina bersebelahan dengan bangunan ini. Bangunan Residensi ini amat bersejarah bagi Almarhum Tunku kerana ia merupakan tempat bersejarah bagi Almarhum Tunku kerana ia merupakan tempat kediaman rasmi Tunku Abdul Rahman (sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu 1956-1957, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1957-1963 dan Perdana Menteri Malaysia 1963-1970) sehinggalah Almarhum bersara.

Read more...
Oct 4, 2010

Pusat Sains Negara

0 comments











Malaysia telah bergerak maju sejak tahun-tahun kebelakangan ini dan seiring dengan dasar-dasar pembangunan negara, rakyat hari ini mesti bersedia untuk menangani arus pembangunan pesat masa hadapan. Sehubungan dengan itu, rancangan untuk menubuhkan Pusat Sains Negara telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Keenam.

Pusat Sains Negara berhasrat untuk merangsang minat dalam sains menerusi bahan-bahan pameran berinteraktif, penerbitan dan program bagi rombongan sekolah. Pusat ini memberikan suatu pengalaman pembelajaran sains dan teknologi tidak formal untuk minda kreatif.

Bangunan empat tingkat ini mempunyai bumbung berbentuk kubah yang diperbuat daripada bahan polikarbonat berwarna hijau. Kompleks pusat ini merangkumi teknologi canggih termasuk Sistem Pengurusan Bangunan Bersepadu.
Read more...
Oct 3, 2010

Planetarium Negara

3 comments











Planetarium Negara ialah sebuah lagi mercu tanda di bandar raya Kuala Lumpur. Kompleks ini tersergam indah di antara binaan-binaan penting di tengah-tengah kehijauan Taman Tasik Perdana yang menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dari dalam negeri. Seni binanya uang unik merupakan gabungan seni bina Islam dan moden yang membayangkan wawasan yang gilang-gemilang.

Jentera pelaksanaan projek mula digerakkan pada awal tahun 1988 dengan persetujuan kerajaan untuk memperuntukkan tanah seluas kira-kira 14 ekar yang terletak di atas bukit di antara Pusat Islam dengan Muzium Negara untuk maksud pembinaan Planetarium ini. Ini disusuli pula dengan kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek dan tenaga kerja. Dari sini segala tenaga ditumpukan bagi mengenal pasti skop dan keperluan sebenar projek serta konsep reka bentuk kompleks.

Read more...
Oct 2, 2010

Menara Kuala Lumpur

1 comments











Terletak di Bukit Nanas, pada ketinggian 94 meter di atas paras laut yang mencapai ketinggian 421 meter, Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia.

Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) merupakan satu lagi projek penswastaan oleh kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab merancang, mereka bentuk, membina, menjalankan operasi dan menguruskan Menara Kuala Lumpur.

Menara ini mengandungi lima bahagian, iaitu bahagian asas, bahagian melancong, tiang menara, kepala menara dan tiang antena. Para pelanggan hanya boleh memasuki bahagian ruang melancong, pentas tinjau dan restoran berputar. Dua aras bahagian melancong dihubungkan kepada kawasan pejalan kaki sepanjang 146 meter yang memberikan impak kepada bahagian tengah menara. Kawasan utama untuk orang ramai yang terletak di aras bawah mengandungi sembilan lot kedai, restoran makanan segera, panggung, ampiteater, bilik sembahyang, tandas awam dan ruang pejabat.
Read more...
Oct 1, 2010

Pemodenan Pengangkutan Rel

0 comments











KTM KOMUTER

Tahun 1995 merupakan tahun bersejarah apabila KTM Komuter telah berjaya memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter iaitu tren elektrik yang pertama di Malaysia yang mengutamakan kepantasan, ketepatan, kebersihan alam sekitar dan keselamatan. KTM Komuter menyediakan perkhidmatan kerap, selesa dengan harga yang berpatutan untuk penduduk di Lembah Klang dengan tujuan utama untuk mengurangkan kesesakan.

KTM Komuter bermula secara berperingkat mengikut sektor dan larian komersial bagi sektor Kuala Lumpur - Rawang bermula pada 14 Ogos 1995. Menjelang 18 Disember 1995, kesemua sektor di Lembah Klang yang merangkumi 22 stesen dan 17 perhentian beroperasi sepenuhnya.

Perkhidmatan KTM Komuter telah begitu cepat dikenali sebagai mod pengangkutan yang selesa dan pantas. Kini KTM Komuter membawa lebih kurang 1.7 juta penumpang sebulan. Kekerapan perkhidmatan adalah antara 15 hingga 30 minit.

Read more...

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings