Jan 18, 2011

Haiwan Peliharaan Kanak-Kanak

3 comments


Kanak-kanak memerlukan hobi untuk mengisi masa lapang. Hobi yang menarik bukan sahaja akan menggembirakan kanak-kanak tetapi kebanyakan hobi juga dapat menambah pengetahuan. Pada zaman sekarang, di mana permainan komputer dan video menjadi tarikan kepada kanak-kanak, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka menghabiskan masa dengan hobi yang meransang pembangunan minda dan pembinaan akhlak yang baik. Sesetengah hobi bermula sewaktu seseorang itu di zaman kanak-kanak mampu berkembang dan menjadi minat berpanjangan sehingga ke peringkat dewasa seperti memelihara haiwan peliharaan.


Haiwan peliharaan adalah haiwan yang tinggal di dalam rumah ataupun haiwan yang dijinakkan dan dipelihara sebagai teman atau kerana kecantikan haiwan tersebut. Memelihara haiwan peliharaan merupakan hobi yang popular di seluruh dunia. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan haiwan peliharaan menunjukkan banyak kelebihan. Ia juga merupakan hobi yang disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia mengajar kanak-kanak sifat tanggungjawab dan kasih sayang. Kemahiran sebegitu diperlukan oleh kanak-kanak pada masa akan datang dan juga untuk meningkatkan kemahiran sosial.


Anjing dan kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular kerana cirinya yang suka bermain, menarik dan mudah dijaga berbanding dengan haiwan lain. Haiwan peliharaan yang juga popular terdiri daripada arnab, hamster dan ikan. Hari ini, haiwan eksotik seperti labah-labah dan ular juga turut mendapat perhatian di kalangan pencinta haiwan. Walaupun haiwan peliharaan dapat memberi keceriaan kepada kanak-kanak,  ia adalah amat penting untuk memilih haiwan peliharaan yang sesuai untuk keluarga, saiz rumah dan gaya hidup mereka serta jenis haiwan yang mampu dijaga oleh anak anda. Seekor ikan emas di dalam akuarium amat sesuai untuk saiz rumah yang paling kecil; manakala kawasan yang lebih besar diperlukan untuk anjing yang besar. Haiwan peliharaan juga memerlukan komitmen jangka panjang untuk haiwan seperti anjing, kucing dan arnab kerana jangka hayatnya yang biasanya menceceah hampir 10 tahun. Tambahan lagi, hobi memelihara haiwan peliharaan juga meliputi kos makanan dan juga kos perubatan yang tidak dapat dielak demi menjaga kesihatan haiwan peliharaan.


Sungguhpun hobi memelihara haiwan mempunyai banyak manfaat, namun begitu, yang paling biasa untuk tidak memelihara haiwan peliharaan adalah masa yang tidak cukup, tempat peliharaan yang tidak sesuai dan juga masalah menjaga haiwan peliharaan sekiranya terpaksa meninggalkan rumah kediaman atau apabila terpaksa melalui perjalanan yang jauh. Kebersihan haiwan peliharaan serta peralatan dan makanannya perlu dijaga supaya haiwan peliharaan dan tuannya sentiasa sihat. Oleh itu, perancangan teliti amatlah penting supaya pengalaman yang positif dan menyeronokkan di alami oleh semua yang terlibat dan menjadi memori yang indah.


 Arnab

 Kucing

Anjing




BUTIRAN TEKNIK:




* Berita di Harian Metro, klik sini.
Read more...
Jan 16, 2011

Majlis Pelancaran Pameran Setem 1Malaysia Satu Dunia - 18.1.2011

0 comments

Read more...

Ana Raffali Ikon Jabatan Muzium? Ikon Setem?

3 comments

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihak pengurusan Ana Raffali telah pun secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program-program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi memperjelaskan laporan semalam yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.

** sumber dari Kosmo
Read more...

[INFO] : Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia

1 comments

Pameran Setem 1 Malaysia 1 Dunia ini akan menunjukkan koleksi setem dan bahan filateli yang diperolehi dari merata dunia. Ianya merupakan koleksi ahli-ahli filateli yang juga merupakan ahli Persatuan Filateli Malaysia.

Tema pameran

Tema pameran telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut bulan iaitu :-

  1. 15 Disember 2010 - 14 Januari 2011 (Jiwa Muda (Youth at Heart)).
  2. 15 Januari 2011 - 14 Februari 2011 (Keindahan Flora dan Fauna (Beauty of Flora and Fauna)).
  3. 15 Februari 2011 - 15 Mac 2011 (Mengenali Dunia (Knowing The World))

Obektif pameran

  1. Untuk meningkatkan kesedaran dan minat serta mempamerkan kepada masyarakat terutamanya golongan muda tentang nilai ilmiah dan kebudayaan yang terdapat pada setem dan filateli serta keunikannya sebagai hobi.
  2. Untuk meningkatkan pengetahuan dan mempamerkan koleksi unik setem dan filateli dari serata dunia oleh ahli filateli yang ternama.
  3. Untuk mempamerkan koleksi artifak pos Malaysia bagi menunjukkan sejarah dan evolusi industri pos negara.
  4. Untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan erat antara KPKK, Jabatan Muzium Malaysia, SKMM, Pos Malaysia, Persatuan Filateli Malaysia, Ahli Filateli dan pengedar setem / filateli.

Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang pameran tersebut terbahagi kepada 2 kategori :-
  1. Harian (Isnin - Jumaat)
  • pameran setem dan produk filateli oleh PSM.
  • penjualan setem dan produk filateli oleh Pos Malaysia.
  • penjualan Setem Ku.
  • mengumpul cap tarikh khas sempena Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia.
  • mencari setem tersembunyi dan menang.
  • meneka jumlah setem dan menang.
  1. Hujung minggu
  • penjualan oleh ‘Stamp Dealer’.
  • pertandingan mewarna.
  • pertandingan melukis :-
    • mengikut tema pameran.
    • sekali setiap bulan.
  • mengenali setem dan menang (ceramah setem) - aktiviti bersama PSM.



* sumber dari Jabatan Muzium Malaysia
Read more...
Jan 1, 2011

Jadual Keluaran Setem 2011

0 comments

No. 
Tema
Tarikh Keluaran
1
Children's Pet
18.01.2011
Selasa
2
Pelancongan Tanah Tinggi
Highland Tourist Spot
21.02.2011
Isnin
3
Juara AFF Suzuki Cup 2010
AFF Suzuki Cup 2010 Champion
28.02.2011
Isnin
4
Rempah Ratus
Spices
28.03.2011
Isnin
5
Artifak Warisan Negara
National Artifacts
11.04.2011
Isnin

Album Tahunan Setem 2010
Annual Stamp Album 2010
20.04.2011
Selasa
6
SetemKu - Silver Handicraft
28.04.2011
Khamis
7
Nilai-Nilai Murni
Virtues
13.06.2011
Isnin
8
100 Tahun Penerbangan di Malaysia
100 Years of Aviation
07.07.2011
Khamis
9
Istana-Istana DiRaja
Royal Palaces
18.07.2011
Isnin
10
Keluaran Bersama Malaysia / Indonesia
Malaysia / Indonesia Joint Issue
08.08.2011
Isnin
11
Seni Visual - Siri II
Visual Arts - Series II
19.09.2011
Isnin
12
Post Boxes ( Stamp Week )
10.10.2011
Isnin
13
Underground Engineering Excellence
21.11.2011
Isnin
14
Institusi DiRaja
Royal Institution
12.12.2011
Isnin

Dikemaskini pada 01.12.2011 
* Sumber: Pos Malaysia
Read more...

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
There was an error in this gadget
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings