

Peti Surat
Terdapat 5 reka bentuk setem peti surat...More

Kejuruteraan Bawah Tanah
Penembusan terowong...More

Permainan Tradisional Upin & Ipin
Kini Upin & Ipin dan kawan-kawan tampil dengan setem permainan tradisional...More

Koleksi 1Malaysia
1Malaysia merupakan satu konsep berani yang mengingatkan kita tentang budaya...More
Oct 31, 2010
Jambatan-Jambatan Di Malaysia
Categories :

Jambatan adalah unsur utama dalam jalinan komunikasi di antara bandar-bandar dan pekan-pekan yang dipisahkan oleh permukaan bumi atau sungai yang sukar. Peranan jambatan menjadi sangat penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia, bagi memudahkan jalinan dalam pengangkutan manusia dan barangan.
Pembinaan jambatan sepanjang abad yang lalu telah berubah dari jambatan berstruktur kayu...
Oct 30, 2010
Warisan Negeri Pahang Darul Makmur
Categories :

Biografi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, putera ketiga Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Raja Hajjah Fatimah binti Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah telah diputerakan di Istana Mangga Tunggal Pekan pada 24 Oktober 1930.
Baginda menerima...
Oct 29, 2010
Ayam Katik
Categories :

Ayam Katik | Malaysian Bantams
Ayam-ayam katik di Malaysia, terutamanya Ayam Serama dan Ayam Kapan adalah sangat dihargai kerana kecantikannya. Pertandingan-pertandingan sering kali diadakan oleh peminat-peminat ayam katik tempatan; pemilihan juaranya adalah berdasarkan kecantikan keseluruhan, gaya, serta lain-lain nilai fizikal yang menarik. Pemeliharaan ayam katik akan kekal sebagai satu hobi...
Oct 24, 2010
Songket Seni Warisan Agung
Categories :

Siri setem ini memaparkan reka bentuk dan motif yang menarik yang boleh didapati pada broked kain Malaysia iaitu songket. Songket dihasilkan dengan memasukkan benang emas dan perak ke dalam garisan antara benang-benang sutera dan kapas pada kain. Ianya sangat eksklusif di kalangan raja-raja Melayu, namun songket kini mampu dimiliki oleh sesiapa saja. Harganya melebihi RM100 sehingga menjangkau...
Oct 18, 2010
Perisytiharan Melaka - Bandaraya Bersejarah

Negeri Melaka - negeri yang tertua di Malaysia, mengandungi tinggalan dan warisan sejarah negara yang kaya bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, perjuangan nasionalisme hinggalah ke peristiwa Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara.
Memandangkan kekayaan sejarah yang berbagai-bagai ini, konvensyen Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah pada...
Hidupan Liar Yang Diperlindungi Di Malaysia - Siri II
Categories :

KUANG
Burung kuang ini agak besar dan cantik dan terdapat di hutan hujan primer di Malaysia. Terdapat 18 spesies burung kuang di Malaysia dan 30 subspesies ini adalah dikenal pasti. Tiga daripada 18 spesies tersebut dianggap mengalami kepunahan secara antarabangsa. Satu spesies daripadanya dipercayai lenyap di negara ini dan tujuh spesies yang lain sedang mengalami kemusnahan dengan adanya pemburuan...
Oct 17, 2010
Gaya Hidup Orang Asli
Categories :

Gaya Hidup Orang Asli di Malaysia
Masyarakat orang asli mewakili satu komponen yang kecil tetapi penting di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama. Masyarakat ini tersebar secara rawak sebagai komuniti yang kecil dan sering kali terpencil di Semenanjung Malaysia manakala di negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Borneo mereka membentuk 50-60 peratus daripada jumlah penduduk.
Masyarakat...
Oct 16, 2010
Pejabat Pos Lama
Categories :

SET 1
SET 2
Pejabat Pos telah mula diwujudkan secara rasminya di England pada tahun 1660. pejabat Pos kemudiannya telah diperkembangkan ke seluruh Empayar British dan negara-negara lain termasuk Malaysia. Pada awal tahun 1800, perkhidmatan pos mula diperkenalkan di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), dan kemudian berkembang ke seluruh Malaysia menjelang awal abad ke-20.
Pejabat...
Oct 13, 2010
Kenderaan Buatan Malaysia Siri II
Categories :

Sejak Malaysia mula melancarkan kereta pertamanya pada tahun 1985, industri permotoran negara semakin giat dan cepat berkembang. Melalui kecanggihan teknologi, senireka dan inisiatif Malaysia berjaya mengeluarkan kenderaan seperti Tiara, Kancil, Kembara, Rusa, Satria, Putra, Inokom, Kenari, TD2000 dan Waja. Kenderaan-kenderaan ini bukan sahaja popular di Malaysia malah terkenal di serata dunia.
...
Oct 10, 2010
Putrajaya Wilayah Persekutuan
Categories :

Putrajaya, yang telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1.2.2001, menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat Malaysia yang baru, kawasan perumahan terancang, taman-taman, pusat komersial dan kebudayaan, pusat kesukanan serta rekreasi dan pusat penerangan teknologi. Meliputi kawasan seluas 4,581 ekar di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia (MSC), bandar ini juga berada berhampiran...
Oct 9, 2010
Panggung Negara
Categories :

Terletak bersebelahan Tasik Titiwangsa di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Kuantan, Istana Budaya, bangunan yang menjadi rumah kepada Panggung Negara Malaysia, ialah teater lirik abad ke-21.
Dengan kos RM210 juta dan meliputi 5.44 hektar keluasan lantai 21,000 meter persegi, Istana Budaya boleh berbangga sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisma pentas yang tercanggih...
Oct 8, 2010
Petronas Twin Towers
Categories :

Menara Kembar PETRONAS setinggi 88 tingkat yang diiktiraf sebagai bangunan kembar tertinggi di dunia oleh majlis Bangunan Tinggi dan Kediaman Bandar berdiri tegak dengan megahnya pada ketinggian 452 meter di tengah-tengah Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Sebagai hasil karya seni bina, reka bentuk Menara Kembar itu diilhamkan oleh arkitek termasyhur Cesar Pelli dan didirikan dalam fasa pertama projek...
Oct 7, 2010
[ Selingan ] : Featured Posts Innit
Categories :
hak³.. try bukak Innit pagi ni ternampak plak kejadian di atas.. sukanya aku.. tersenarai di dalam Featured Posts di Innit.. semalam saja test market je.. percubaan pertama untuk mendapatkan 'nang'.. ok la tu, walaupun ciput je 'nang'.. boleh promote blog kat sini.....
Oct 6, 2010
[ INFO ] : Pameran Filatelik (Philatelic) & Numismatik
Categories :

Pameran Filatelik (Philatelic) & NumismatikPosted 23 August 2010 - 8:20am by Omar Shariff bin Mansor Official Events
Start :1 Dis 2010 9:00 am End : 1 Feb 2011 6:00 pm Lokasi : Muzium Negara, Kuala Lumpur
Memaparkan setem-setem lama, setem keluaran khas, setem koleksi unggul Jabatan Muzium Malaysia, setem koleksi peribadi, Sampul Surat Hari Pertama serta produk...
Oct 5, 2010
Memorial Tunku Abdul Rahman
Categories :

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah negarawan ulung yang disegani dan dicintai oleh semua rayat negara ini. Jasa bakti Almarhum Tunku, sebagai perintis dan pelopor kemerdekaan negara merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya dalam sejarah negara ini. Nama dan sumbangan Almarhum Tunku akan tertulis dengan tinta emas dalam sejarah negara.
Sebagai tanda penghargaan dan ingatan...
Oct 4, 2010
Pusat Sains Negara
Categories :

Malaysia telah bergerak maju sejak tahun-tahun kebelakangan ini dan seiring dengan dasar-dasar pembangunan negara, rakyat hari ini mesti bersedia untuk menangani arus pembangunan pesat masa hadapan. Sehubungan dengan itu, rancangan untuk menubuhkan Pusat Sains Negara telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Keenam.
Pusat Sains Negara berhasrat untuk merangsang minat dalam sains menerusi...
Oct 3, 2010
Planetarium Negara
Categories :

Planetarium Negara ialah sebuah lagi mercu tanda di bandar raya Kuala Lumpur. Kompleks ini tersergam indah di antara binaan-binaan penting di tengah-tengah kehijauan Taman Tasik Perdana yang menjadi tumpuan pelancong dari luar dan dari dalam negeri. Seni binanya uang unik merupakan gabungan seni bina Islam dan moden yang membayangkan wawasan yang gilang-gemilang.
Jentera pelaksanaan projek...
Oct 2, 2010
Menara Kuala Lumpur
Categories :

Terletak di Bukit Nanas, pada ketinggian 94 meter di atas paras laut yang mencapai ketinggian 421 meter, Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia.
Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) merupakan satu lagi projek penswastaan oleh kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab merancang, mereka bentuk, membina, menjalankan operasi dan menguruskan...
Oct 1, 2010
Pemodenan Pengangkutan Rel
Categories :

KTM KOMUTER
Tahun 1995 merupakan tahun bersejarah apabila KTM Komuter telah berjaya memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter iaitu tren elektrik yang pertama di Malaysia yang mengutamakan kepantasan, ketepatan, kebersihan alam sekitar dan keselamatan. KTM Komuter menyediakan perkhidmatan kerap, selesa dengan harga yang berpatutan untuk penduduk di Lembah Klang dengan tujuan utama untuk...
Subscribe to:
Posts (Atom)