Showing posts with label 2003. Show all posts
Showing posts with label 2003. Show all posts
Nov 18, 2010

Sambutan 50 Tahun Hari Kanak-Kanak Sedunia

3 comments

Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Merekalah yang bakal menjadi teraju di masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pertama kali dianjurkan oleh International Union for Child Welfare pada tahun 1953. Perayaan tersebut kemudiannya diiktiraf oleh UNICEF (United Nation's Children's Fund) pada tahun 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengisytiharkan perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia secara rasmi dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pertama kalinya di Malaysia pada 8 Oktober 1959 dan sambutan tersebut diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada tahun 2003 amat bermakna kerana ia merupakan satu kejayaan yang besar bukan sahaja bagi kanak-kanak yang diraikan malah bagi perayaan itu sendiri. Ini adalah kerana perayaan kali ini juga adalah perayaan Jubli Emas, menandakan genap 50 tahun sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Lebih dari 150 negara di seluruh dunia akan bersama-sama meraikan dan memperingati hari yang memupuk persaudaraan sejagat serta persahabatan untuk kanak-kanak di seluruh dunia.

Sepanjang 50 tahun Hari Kanak-Kanak Sedunia diraikan, ia telah membawa kegembiraan untuk golongan yang bakal mewarisi dunia ini kelak. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan kesedaran tentang betapa perlunya kita menghargai dan menjaga warga muda ini. Dan kini berjuta kanak-kanak di seluruh dunia mampu mengharungi hidup dengan lebih baik dan ceria.

Dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang ke-50, kita bakal mengorak langkah untuk dunia yang lebih harmoni untuk kanak-kanak sejagat.





BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 11.10.2003
Denominasi : 20 sen, 30 sen (4 reka bentuk)
Saiz Setem : 40mm x 30mm
Tebukan : 14
Kertas : Tera Air Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Reign Associates Sdn. Bhd.
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Read more...
Nov 15, 2010

Ikan Pelaga

0 comments

Betta splendens

Betta splendens adalah sejenis ikan pelaga yang dihasilkan dari kacukan ikan pelaga Malaysia, Thailand dan Kampuchea. Ikan pelaga jenis ini sangat popular dijadikan sebagai ikan hiasan. Ikan jenis ini tidak membiak secara semula jadi di negara kita, sebaliknya ia membiak secara kacukan melalui teknik piawai pembiakan betta. Pembiakan dan pemilihan Betta splendens untuk dikomersilkan giat dijalankan di negara kita. Baka baru ini sebenarnya berasal daripada ikan yang tidak menarik, berwarna kehijauan dan bersirip pendek yang masih dibiak di Thailand untuk mendapatkan baka laga. Penghibridan baka yang berbeza pada umumnya dijalankan bagi melahirkan hibrid baru yang memikat, malah sering kali terhasil Betta splendens berwarna menarik dengan pelbagai bentuk sirip. Betta splendens kebiasaannya hidup bersama-sama dengan spesies lain yang sama saiz. Bagaimanapun, ikan jantannya akan bertindak menyerang satu sama lain. Untuk mengelakkan pergaduhan, ianya hendaklah disimpan secara berasingan di dalam bekas yang lut sinar.


Pelaga Sawah (Betta imbellis)

Spesies ini mudah ditemui di kawasan air berasid yang bertakung seperti di sawah padi, kebun getah atau kelapa. Kurang agresif jika dibandingkan dengan ikan pelaga biasa. Ikan jantan mempunyai warna hijau atau biru kehijauan. Boleh membiak dengan mudah di dalam kurungan sekiranya dipelihara di dalam air yang berasid dengan tumbuhan yang banyak serta mudah menyesuaikan kehidupan di dalam akuarium.

Pelaga Merah (Betta coccina)

Ikan ini sangat pemalu dan dikenali sebagai spesies Betta paling kecil atau bantut. Hanya boleh ditemui di kawasan tanah gambut. Walau bagaimanapun ianya dapat menyesuaikan diri di dalam air neutral. Ianya boleh membiak sekiranya diberi suasana yang sesuai dan tempat yang tersembunyi seperti di bawah tunggul kayu atau tumbuhan air. Ikan ini boleh membiak di dalam paip PVC dan di bawah tunggul kayu. Sepasang ikan boleh menghasilkan sekitar 30 ekor anak.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 26.4.2003
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1 (2 reka bentuk)
Saiz Setem : 40mm x 30mm
Tebukan : 14
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Hazel Design
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Read more...
Sep 27, 2010

Tempat Bersejarah Menara - Jam

0 comments











Kewujudan menara jam di setiap bandar di Malaysia merupakan suatu rakaman sejarah tentang kehidupan masyarakat bandar pada waktu tersebut yang seharusnya dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Dengan ciri-ciri binaannya yang unik dan menarik, ia seharusnya menjadi satu kebanggan buat kita rakyat Malaysia.


Menara Jam Gereja Christ Melaka

Menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka ini dibina pada tahun 1650 berdasarkan seni rekabentuk Belanda. Keunikan rekabentuk dan nilai sejarahnya menyebabkan ia menjadi tempat tumpuan terutamanya untuk tujuan fotografi.


Menara Jam Teluk Intan

Terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, menara jam dengan ketinggian 25.5 meter ini merupai 8 tingkat tetapi sebenarnya bangunan ini setinggi 3 tingkat sahaja. Menara yang berbentuk pagoda ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Chong, seorang kontraktor Cina bertujuan sebagai sebuah tangki air.
Read more...

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings