Jan 18, 2011

Haiwan Peliharaan Kanak-Kanak

3 comments


Kanak-kanak memerlukan hobi untuk mengisi masa lapang. Hobi yang menarik bukan sahaja akan menggembirakan kanak-kanak tetapi kebanyakan hobi juga dapat menambah pengetahuan. Pada zaman sekarang, di mana permainan komputer dan video menjadi tarikan kepada kanak-kanak, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka menghabiskan masa dengan hobi yang meransang pembangunan minda dan pembinaan akhlak yang baik. Sesetengah hobi bermula sewaktu seseorang itu di zaman kanak-kanak mampu berkembang dan menjadi minat berpanjangan sehingga ke peringkat dewasa seperti memelihara haiwan peliharaan.


Haiwan peliharaan adalah haiwan yang tinggal di dalam rumah ataupun haiwan yang dijinakkan dan dipelihara sebagai teman atau kerana kecantikan haiwan tersebut. Memelihara haiwan peliharaan merupakan hobi yang popular di seluruh dunia. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan haiwan peliharaan menunjukkan banyak kelebihan. Ia juga merupakan hobi yang disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia mengajar kanak-kanak sifat tanggungjawab dan kasih sayang. Kemahiran sebegitu diperlukan oleh kanak-kanak pada masa akan datang dan juga untuk meningkatkan kemahiran sosial.


Anjing dan kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular kerana cirinya yang suka bermain, menarik dan mudah dijaga berbanding dengan haiwan lain. Haiwan peliharaan yang juga popular terdiri daripada arnab, hamster dan ikan. Hari ini, haiwan eksotik seperti labah-labah dan ular juga turut mendapat perhatian di kalangan pencinta haiwan. Walaupun haiwan peliharaan dapat memberi keceriaan kepada kanak-kanak,  ia adalah amat penting untuk memilih haiwan peliharaan yang sesuai untuk keluarga, saiz rumah dan gaya hidup mereka serta jenis haiwan yang mampu dijaga oleh anak anda. Seekor ikan emas di dalam akuarium amat sesuai untuk saiz rumah yang paling kecil; manakala kawasan yang lebih besar diperlukan untuk anjing yang besar. Haiwan peliharaan juga memerlukan komitmen jangka panjang untuk haiwan seperti anjing, kucing dan arnab kerana jangka hayatnya yang biasanya menceceah hampir 10 tahun. Tambahan lagi, hobi memelihara haiwan peliharaan juga meliputi kos makanan dan juga kos perubatan yang tidak dapat dielak demi menjaga kesihatan haiwan peliharaan.


Sungguhpun hobi memelihara haiwan mempunyai banyak manfaat, namun begitu, yang paling biasa untuk tidak memelihara haiwan peliharaan adalah masa yang tidak cukup, tempat peliharaan yang tidak sesuai dan juga masalah menjaga haiwan peliharaan sekiranya terpaksa meninggalkan rumah kediaman atau apabila terpaksa melalui perjalanan yang jauh. Kebersihan haiwan peliharaan serta peralatan dan makanannya perlu dijaga supaya haiwan peliharaan dan tuannya sentiasa sihat. Oleh itu, perancangan teliti amatlah penting supaya pengalaman yang positif dan menyeronokkan di alami oleh semua yang terlibat dan menjadi memori yang indah.


 Arnab

 Kucing

Anjing




BUTIRAN TEKNIK:




* Berita di Harian Metro, klik sini.

3 Responses so far.

  1. Iaryylr says:

    dulu Saya ada bela 5 ekor arnab & 24 ekor kucing, sekarang tinggal kenangan saja sebab dah tidak bela lagi....

  2. Anonymous says:

    hahahahahha nice 1

  3. Hai...

    Kepada pemelihara haiwan, elok skali kalau kesihatannya dijaga sebaik mungkin. Dengan adanya teknik ini, penjagaan kesihatan haiwan peliharaan skg menjadi amat mudah dan berkesan:

    Ubatpelbagai jenis penyakit utk Haiwan Peliharaan

    Semoga sukses. TQ.

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings