Dec 26, 2011

ASUS ZENBOOK - The Incredible Ultrabook

0 comments

Kali ni saya nak buat review sikit pasal ASUS ZENBOOK. Boleh kan? Asyik cerita pasal sampul surat hari pertama & setem je...Alang-alang iklan ni dah menari-nari kat sini, apa salahnya saya buat iklan pulak..hehe...

Ok, produk keluaran terbaru dari Asus iaitu Zenbook ni diberi jolokan The Incredible Ultrabook. Kenapa? Sebab ianya sangat nipis, sangat ringan & sangat pantas!

Incredible Beauty: Reka bentuknya menarik & cantik dengan kemasan logam yang nipis iaitu cuma 3mm saja di bahagian hadapan.

Incredible Performance: Prestasi yang sangat pantas kerana ia menggunakan processor Generasi ke-2 Intel®-Core™ i7. Ia juga mempunyai ciri-ciri seperti Smartphone yang bertindak dengan cepat, resume daripada sleep mode dalam masa 2 saat saja & masa standbynya boleh mencecah hingga 2 minggu. Di samping itu ia juga dibina pengecas USB 3.0 yang membolehkan peranti lain dicas walaupun ketika notebook ini di off.

Incredible Sound: Dilengkapi dengan teknologi ASUS SonicMaster & dibangunkan bersama-sama Bang & Olufsen ICEpower® untuk menghasilkan bunyi yang menakjubkan.

Incredible Green Thinking: Mempunyai jangka hayat bateri 25% tahan lebih lama dengan Super Hybrid Engine II Technology PowerWiz yang mengurangkan penggunaan kuasa elektrik.


Kalau nak tau lebih lanjut, klik la iklan macam kat bawah ni di atas atau kanan blog ni ye (kalau ada).
Read more...
Dec 25, 2011

Senarai Raja & Tokoh Di Dalam Setem Malaysia

0 comments
A
Tuanku Abdul Halim, Sultan Kedah (1959, 1971)
Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri (1969, 2003)
Tun Abdul Razak, Perdana Menteri (1977)
Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang (1975, 1980, 2010)
Sultan Azlan Shah, Sultan Perak (1985, 2009)
Kenny Ang, pemain boling sepuluh-pin (1998)

C
Choong Tan Fook, pemain badminton (1998)

E
Raja Edward VII, Raja United Kingdom (1902)
Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom (1953)

G
Raja George V, Raja United Kingdom (1913)
Raja George VI, Raja United Kingdom (1937)

H
Muhamed Hidayat Hamidon, pengangkat berat (1998)
Ben Heng, pemain boling (1998)

I
Sultan Idris Shah II, Sultan Perak (1985)
Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, Sultan Johor (1984)
Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim, Sultan Johor (1960, 1965)
Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu (1966)
Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan (1980, 1986, 2004)

J
Tuanku Ja'afar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1968)

L
Lee Wan Wah, pemain badminton (1998)

M
Sultan Mahmud, Sultan Terengganu (1981)
Tuanku Muhriz, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (2009)
Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1961)

N
Nurul Huda Baharin, penembak (1998)

P
P. Ramlee, seniman terkenal (1999)

S
Sapok Biki, ahli tinju (1998)
G. Saravanan, atlet jalan kaki (1998)
Sultan Salahuddin, Sultan Selangor (1985)
Sultan Sharafuddin, Sultan Selangor (2002)
Tuanku Syed Putra, Raja Perlis (1971, 1995)
Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perlis (2001)

V
Ratu Victoria, Ratu United Kingdom (1876)

W
Wong Choong Hann, pemain badminton (1998)

Y
Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan (1961, 1976, 1979)

Z
Zainal Abidin Ahmad, sasterawan terkenal (2002)

Sumber: Wikipedia
Read more...
Dec 23, 2011

SetemKu Ucapan Krismas 2011 & Tahun Baru 2012

0 comments

Sempena Hari Krismas 2011 & Tahun Baru 2012, Pos Malaysia akan mengeluarkan SetemKu Ucapan yang berharga RM20 & percuma 1 set bingkai setem & 1 set sampul berserta setem pengeposan 80sen. Promosi bermula pada 12 Disember 2011 hingga 12 Januari 2012 dan boleh dibeli di pejabat-pejabat pos terpilih. Kalau tengok pada poster di atas nampak macam ada 8 reka bentuk setem...boleh la dijadikan kad ucapan sempena Krismas & Tahun Baru ni. Edisi terhad! Selagi stok masih ada.
Read more...
Dec 22, 2011

Jadual Keluaran Setem 2012

0 comments

No. 
Tema
Tarikh Keluaran
1
Warisan Tenunan Di Malaysia
Legacy of the Loom
12.01.12
Khamis
2
IFNGO ( Ya Kepada Hidup )
IFNGO ( Yes To Life )
22.02.12
Rabu
3
Hidupan Air
Underwater Life
21.03.12
Rabu
4
Pertabalan DYMM SPBYDP Agong ke-14
Installation of 14th DYMM SPBYDP Agong
24.04.12
Selasa
5
Definitif Siri Negeri
State Definitive Series
15.05.12
Selasa
6
Persidangan Gas Sedunia 2012
2012 World Gas Conference
4.06.12
Isnin
7
Tumbuhan Wangi
Aromatic Plants
21.06.12
Khamis
8
Perdagangan Tradisional
Traditional Trades
12.07.12
Khamis
9
Perayaan di Malaysia Siri 2
Malaysian Festivals Series 2
2.08.12
Khamis
10
Perpaduan Siri II
Unity Series II
12.09.12
Rabu
11
Pakaian Seragam Posmen
Postman's Uniform
9.10.12
Selasa
12
Burung Belatok
Woodpecker
22.10.12
Isnin
13
Tema Kanak-Kanak ( Hobi )
Children's Theme ( Hobby )
5.11.12
Isnin

Dikemaskini pada 20.12.11
* Tertakluk kepada perubahan Pos Malaysia
Read more...
Nov 30, 2011

Peti Surat

2 comments
SETEM (RM1)
- Bukit Bendera, Pulau Pinang
- Bukit Fraser, Pahang
- Melaka Bandaraya Bersejarah
- Seremban, Negeri Sembilan
- Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur

Sampul Surat Hari Pertama


Helaian Setem


Buku Setem






Butiran Teknikal
Setem
Setem Nilai setem: RM1 (Spot UV & Cetakan Timbul)
Helaian Setem
Kandungan helaian: 20 setem
Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor Proses
Cetakan: Litografi
Pencetak: Joh. Enschede Secure Print, Belanda
Perekabentuk Setem: Hazel Design Sdn Bhd
Sampul Surat Hari Pertama
Nilai Sampul Surat Hari Pertama: 50 Sen
Buku Setem
Nilai Buku Setem: RM6.00 (Lekat Sendiri)
Folder
Folder : RM 5.50
Hari Keluaran 
10-Okt-2011
Read more...
Nov 27, 2011

Kecemerlangan Kejuruteraan Bawah Tanah

1 comments
Kecemerlangan Kejuruteraan Bawah Tanah (Terowong SMART)
Sampul Surat Hari Pertama (dengan setem)


Setem :
- Penembusan Terowong
- Gantri Pembinaan
- Penggerudian Terowong
- TBM Selepas Penembusan
- Terowong Jalan Raya
- Gambarajah Keratan Rentas


Helaian Setem


Lembaran Mini


Folder


Poster


BUTIRAN TEKNIKAL
Setem
Nilai setem: 60sen (setenant) x 3 rekabentuk
Helaian Setem
Kandungan helaian: 20 setem
Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Cetakan: Offset
Pencetak: Joh. Enschede Secure Print, The Netherlands
Perekabentuk Setem: MMC Corporation Bhd
Sampul Surat Hari Pertama
Nilai: 50 Sen
Lembaran Mini 
Nilai: RM5.00
Folder
Folder : RM 5.50
Hari Keluaran 21-Nov-2011
Read more...
Apr 27, 2011

SetemKu

1 comments
Pada 28 April 2011 (keluaran 6/2011), Pos Malaysia mengeluarkan sampul surat hari pertama yang bertajuk SetemKu. Berikut ialah sedikit maklumat mengenai FDC tersebut.


FDC yang lengkap bersetem dan cop


Sampul Surat Hari Pertama : 50 sen


Setem : 35 sen x 2 (Bunga Raya & Durian) & 65 sen x 2 (Kraftangan & Wau Bulan)


 Stamp Sheet


Poster SetemKu
Read more...
Jan 18, 2011

Haiwan Peliharaan Kanak-Kanak

3 comments


Kanak-kanak memerlukan hobi untuk mengisi masa lapang. Hobi yang menarik bukan sahaja akan menggembirakan kanak-kanak tetapi kebanyakan hobi juga dapat menambah pengetahuan. Pada zaman sekarang, di mana permainan komputer dan video menjadi tarikan kepada kanak-kanak, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka menghabiskan masa dengan hobi yang meransang pembangunan minda dan pembinaan akhlak yang baik. Sesetengah hobi bermula sewaktu seseorang itu di zaman kanak-kanak mampu berkembang dan menjadi minat berpanjangan sehingga ke peringkat dewasa seperti memelihara haiwan peliharaan.


Haiwan peliharaan adalah haiwan yang tinggal di dalam rumah ataupun haiwan yang dijinakkan dan dipelihara sebagai teman atau kerana kecantikan haiwan tersebut. Memelihara haiwan peliharaan merupakan hobi yang popular di seluruh dunia. Kanak-kanak yang dibesarkan dengan haiwan peliharaan menunjukkan banyak kelebihan. Ia juga merupakan hobi yang disyorkan untuk kanak-kanak kerana ia mengajar kanak-kanak sifat tanggungjawab dan kasih sayang. Kemahiran sebegitu diperlukan oleh kanak-kanak pada masa akan datang dan juga untuk meningkatkan kemahiran sosial.


Anjing dan kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular kerana cirinya yang suka bermain, menarik dan mudah dijaga berbanding dengan haiwan lain. Haiwan peliharaan yang juga popular terdiri daripada arnab, hamster dan ikan. Hari ini, haiwan eksotik seperti labah-labah dan ular juga turut mendapat perhatian di kalangan pencinta haiwan. Walaupun haiwan peliharaan dapat memberi keceriaan kepada kanak-kanak,  ia adalah amat penting untuk memilih haiwan peliharaan yang sesuai untuk keluarga, saiz rumah dan gaya hidup mereka serta jenis haiwan yang mampu dijaga oleh anak anda. Seekor ikan emas di dalam akuarium amat sesuai untuk saiz rumah yang paling kecil; manakala kawasan yang lebih besar diperlukan untuk anjing yang besar. Haiwan peliharaan juga memerlukan komitmen jangka panjang untuk haiwan seperti anjing, kucing dan arnab kerana jangka hayatnya yang biasanya menceceah hampir 10 tahun. Tambahan lagi, hobi memelihara haiwan peliharaan juga meliputi kos makanan dan juga kos perubatan yang tidak dapat dielak demi menjaga kesihatan haiwan peliharaan.


Sungguhpun hobi memelihara haiwan mempunyai banyak manfaat, namun begitu, yang paling biasa untuk tidak memelihara haiwan peliharaan adalah masa yang tidak cukup, tempat peliharaan yang tidak sesuai dan juga masalah menjaga haiwan peliharaan sekiranya terpaksa meninggalkan rumah kediaman atau apabila terpaksa melalui perjalanan yang jauh. Kebersihan haiwan peliharaan serta peralatan dan makanannya perlu dijaga supaya haiwan peliharaan dan tuannya sentiasa sihat. Oleh itu, perancangan teliti amatlah penting supaya pengalaman yang positif dan menyeronokkan di alami oleh semua yang terlibat dan menjadi memori yang indah.


 Arnab

 Kucing

Anjing




BUTIRAN TEKNIK:




* Berita di Harian Metro, klik sini.
Read more...
Jan 16, 2011

Majlis Pelancaran Pameran Setem 1Malaysia Satu Dunia - 18.1.2011

0 comments

Read more...

Ana Raffali Ikon Jabatan Muzium? Ikon Setem?

3 comments

KUALA LUMPUR - Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-25 (AJL 25), Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM).
Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pihak pengurusan Ana Raffali telah pun secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program-program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi memperjelaskan laporan semalam yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.

** sumber dari Kosmo
Read more...

[INFO] : Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia

1 comments

Pameran Setem 1 Malaysia 1 Dunia ini akan menunjukkan koleksi setem dan bahan filateli yang diperolehi dari merata dunia. Ianya merupakan koleksi ahli-ahli filateli yang juga merupakan ahli Persatuan Filateli Malaysia.

Tema pameran

Tema pameran telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut bulan iaitu :-

  1. 15 Disember 2010 - 14 Januari 2011 (Jiwa Muda (Youth at Heart)).
  2. 15 Januari 2011 - 14 Februari 2011 (Keindahan Flora dan Fauna (Beauty of Flora and Fauna)).
  3. 15 Februari 2011 - 15 Mac 2011 (Mengenali Dunia (Knowing The World))

Obektif pameran

  1. Untuk meningkatkan kesedaran dan minat serta mempamerkan kepada masyarakat terutamanya golongan muda tentang nilai ilmiah dan kebudayaan yang terdapat pada setem dan filateli serta keunikannya sebagai hobi.
  2. Untuk meningkatkan pengetahuan dan mempamerkan koleksi unik setem dan filateli dari serata dunia oleh ahli filateli yang ternama.
  3. Untuk mempamerkan koleksi artifak pos Malaysia bagi menunjukkan sejarah dan evolusi industri pos negara.
  4. Untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan erat antara KPKK, Jabatan Muzium Malaysia, SKMM, Pos Malaysia, Persatuan Filateli Malaysia, Ahli Filateli dan pengedar setem / filateli.

Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang pameran tersebut terbahagi kepada 2 kategori :-
  1. Harian (Isnin - Jumaat)
  • pameran setem dan produk filateli oleh PSM.
  • penjualan setem dan produk filateli oleh Pos Malaysia.
  • penjualan Setem Ku.
  • mengumpul cap tarikh khas sempena Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia.
  • mencari setem tersembunyi dan menang.
  • meneka jumlah setem dan menang.
  1. Hujung minggu
  • penjualan oleh ‘Stamp Dealer’.
  • pertandingan mewarna.
  • pertandingan melukis :-
    • mengikut tema pameran.
    • sekali setiap bulan.
  • mengenali setem dan menang (ceramah setem) - aktiviti bersama PSM.



* sumber dari Jabatan Muzium Malaysia
Read more...
Jan 1, 2011

Jadual Keluaran Setem 2011

0 comments

No. 
Tema
Tarikh Keluaran
1
Children's Pet
18.01.2011
Selasa
2
Pelancongan Tanah Tinggi
Highland Tourist Spot
21.02.2011
Isnin
3
Juara AFF Suzuki Cup 2010
AFF Suzuki Cup 2010 Champion
28.02.2011
Isnin
4
Rempah Ratus
Spices
28.03.2011
Isnin
5
Artifak Warisan Negara
National Artifacts
11.04.2011
Isnin

Album Tahunan Setem 2010
Annual Stamp Album 2010
20.04.2011
Selasa
6
SetemKu - Silver Handicraft
28.04.2011
Khamis
7
Nilai-Nilai Murni
Virtues
13.06.2011
Isnin
8
100 Tahun Penerbangan di Malaysia
100 Years of Aviation
07.07.2011
Khamis
9
Istana-Istana DiRaja
Royal Palaces
18.07.2011
Isnin
10
Keluaran Bersama Malaysia / Indonesia
Malaysia / Indonesia Joint Issue
08.08.2011
Isnin
11
Seni Visual - Siri II
Visual Arts - Series II
19.09.2011
Isnin
12
Post Boxes ( Stamp Week )
10.10.2011
Isnin
13
Underground Engineering Excellence
21.11.2011
Isnin
14
Institusi DiRaja
Royal Institution
12.12.2011
Isnin

Dikemaskini pada 01.12.2011 
* Sumber: Pos Malaysia
Read more...

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings