Oct 16, 2010

Pejabat Pos Lama

0 comments
SET 1


SET 2



Pejabat Pos telah mula diwujudkan secara rasminya di England pada tahun 1660. pejabat Pos kemudiannya telah diperkembangkan ke seluruh Empayar British dan negara-negara lain termasuk Malaysia. Pada awal tahun 1800, perkhidmatan pos mula diperkenalkan di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), dan kemudian berkembang ke seluruh Malaysia menjelang awal abad ke-20.

Pejabat Pos merupakan kemudahan untuk tujuan penghantaran, penerimaan, isihan dan pengendalian mel. Kesemua item yang diposkan dipindahkan daripada pejabat pos di kawasan tersebut ke pusat agihan yang dikenali sebagai stesen isihan dan kemudian dihantar kepada penerima. Setiap pejabat pos dipertanggungjawabkan kepada seorang Ketua Pos.


Namun, apa yang bermula sebagai medium penghantaran surat dan dokumen perniagaan kini telah berkembang sebagai pusat perkhidmatan sehenti dengan pelbagai perkhidmatan ditawarkan. Perkhidmatan pos diperkembangkan dengan penghantaran bungkusan, surat berdaftar, perkhidmatan insurans, pengiriman wang (wang pos dan kiriman wang) serta perkhidmatan perbankan.

Daripada dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, Jabatan Pos, mulai tahun 1992, Pos Malaysia Berhad memulakan perubahan besar dalam sejarah dengan kelulusan dalam pengurusan perniagaannya yang lebih bebas. Dalam menghadapi cabaran persaingan, Pos Malaysia mula beroperasi dengan menjuruskan perniagaannya melalui pengkhususan melalui tiga unit Perniagaan Strategik iaitu PosMel, PosLaju dan PosNiaga.

Kini, terdapat 703 pejabat pos di seluruh Malaysia. Isu ini menonjolkan beberapa pejabat pos yang wujud di Malaysia,  dengan dua pejabat pos daripada setiap negeri diabadikan dalam setem bernilai 60 sen setiap satu. Kebanyakan pejabat pos ini merupakan bangunan bersejarah dan ada yang telah dibina sebelum Era Perang Dunia ke-2 lagi. Pejabat pos di seluruh negara ini setiap satunya mempunyai karakter yang berbeza dan bentuk senibina yang menarik dan unik.




Setem 60 sen (Blok 14) - 2 SET

Bangunan Pejabat Pos lama yang dipaparkan di dalam setem 60 sen (Blok 14) dengan teknik lukisan cat air adalah terdiri dari 14 pejabat pos dari 14 negeri di seluruh Malaysia seperti berikut:


SET 1
  1. Pejabat Pos Jalan Kelang Lama yang terletak di Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Pejabat pos ini mula beroperasi lebih kurang pada tahun 1984.
  2. Pejabat Pos Layang-Layang yang terletak di Negeri Johor Darul Takzim. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  3. Pejabat Pos Jalan Raja yang terletak di Bandar Alor Setar, ibu Negeri Kedah Darul Aman. Pejabat pos besar ini dibina dan dibuka sebelum Perang dunia Ke-2.
  4. Pejabat Pos Temangan yang terletak di Negeri Kelantan Darul Naim. Pejabat pos ini beroperasi selepas merdeka pada tahun 1957.
  5. Pejabat Pos Merlimau yang terletak di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  6. Pejabat Pos Besar Seremban terletak di Bandar Seremban, ibu Negeri Sembilan Darul Khusus. Pejabat pos ini beroperasi pada tahun 1971.
  7. Pejabat Pos Bukit Fraser yang terletak di Negeri Pahang Darul Makmur. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  8. Pejabat Pos Kuala Kangsar yang terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  9. Pejabat Pos Kaki Bukit yang terletak di Negeri Perlis Indera kayangan. Pejabat pos ini beroperasi pada tahun 1974.
  10. Pejabat Pos Jalan Bagan Luar terletak di Pulau Pinang. Pejabat pos ini beroperasi pada 1976.
  11. Pejabat Pos Kudat terletak di Negeri Sabah. Pejabat pos ini beroperasi pada 1976.
  12. Pejabat Pos Besar Kuching terletak di Bandar Kuching, ibu Negeri Sarawak. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  13. Pejabat Pos Kajang yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Pejabat pos ini dibina sebelum Perang Dunia Ke-2 tetapi mula beroperasi sebagai pejabat pos pada tahun 1914.
  14. Pejabat Pos Kuala Terengganu yang terletak di Negeri Terengganu Darul Iman. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1966.


SET 2
  1. Pejabat Pos Besar yang terletak di Bandar Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1983.
  2. Pejabat Pos Besar yang terletak di Johor Bahru, Negeri Johor Darul Takzim. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1963.
  3. Pejabat Pos Sg. Petani yang terletak di Negeri Kedah Darul Aman. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1967.
  4. Pejabat Pos Rantau Panjang yang terletak di Negeri Kelantan darul Naim. Pejabat pos ini beroperasi selepas merdeka pada tahun 1974.
  5. Pejabat Pos Alor Gajah yang terletak di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  6. Pejabat Pos Besar Bandar Baru Serting yang terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1991.
  7. Pejabat Pos Ringlet yang terletak di Negeri Pahang Darul Makmur. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  8. Pejabat Pos Tronoh yang terletak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Pejabat pos ini dibina dan dibuka sebelum Perang Dunia Ke-2.
  9. Pejabat Pos Kangar yang terletak di Negeri Perlis Indera Kayangan. Pejabat pos ini beroperasi pada tahun 1964.
  10. Pejabat Pos Bukit Mertajam yang terletak di Pulau Pinang. Pejabat pos ini beroperasi pada tahun 1968.
  11. Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu yang terletak di Negeri Sabah. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1964.
  12. Pejabat Pos Sarikei terletak di Negeri Sarawak. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1981.
  13. Pejabat Pos Bukit Rotan yang terletak di Negeri Selangor Darul Ehsan. Pejabat pos ini dibina sebelum Perang Dunia Ke-2 tetapi mula beroperasi sebagai pejabat pos pada tahun 1926.
  14. Pejabat Pos Jerteh yang terletak di Negeri Terengganu Darul Iman. Pejabat pos ini mula beroperasi pada tahun 1962.



BUTIRAN TEKNIKAL

Tarikh Keluaran : 9.10.10
Denominasi : 60 sen (Blok 14 x 2 reka bentuk)
Saiz Setem : 29mm x 34mm
Tebukan : 14 (Eliptikal)
Kandungan Helaian : 28 setem
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Hazel Design Sdn. Bhd.
Sampul Surat hari Pertama : 30 sen

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings