Dec 26, 2011

ASUS ZENBOOK - The Incredible Ultrabook

0 comments

Kali ni saya nak buat review sikit pasal ASUS ZENBOOK. Boleh kan? Asyik cerita pasal sampul surat hari pertama & setem je...Alang-alang iklan ni dah menari-nari kat sini, apa salahnya saya buat iklan pulak..hehe...

Ok, produk keluaran terbaru dari Asus iaitu Zenbook ni diberi jolokan The Incredible Ultrabook. Kenapa? Sebab ianya sangat nipis, sangat ringan & sangat pantas!

Incredible Beauty: Reka bentuknya menarik & cantik dengan kemasan logam yang nipis iaitu cuma 3mm saja di bahagian hadapan.

Incredible Performance: Prestasi yang sangat pantas kerana ia menggunakan processor Generasi ke-2 Intel®-Core™ i7. Ia juga mempunyai ciri-ciri seperti Smartphone yang bertindak dengan cepat, resume daripada sleep mode dalam masa 2 saat saja & masa standbynya boleh mencecah hingga 2 minggu. Di samping itu ia juga dibina pengecas USB 3.0 yang membolehkan peranti lain dicas walaupun ketika notebook ini di off.

Incredible Sound: Dilengkapi dengan teknologi ASUS SonicMaster & dibangunkan bersama-sama Bang & Olufsen ICEpower® untuk menghasilkan bunyi yang menakjubkan.

Incredible Green Thinking: Mempunyai jangka hayat bateri 25% tahan lebih lama dengan Super Hybrid Engine II Technology PowerWiz yang mengurangkan penggunaan kuasa elektrik.


Kalau nak tau lebih lanjut, klik la iklan macam kat bawah ni di atas atau kanan blog ni ye (kalau ada).

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings