Pameran Setem 1 Malaysia 1 Dunia ini akan menunjukkan koleksi setem dan bahan filateli yang diperolehi dari merata dunia. Ianya merupakan koleksi ahli-ahli filateli yang juga merupakan ahli Persatuan Filateli Malaysia.
Tema pameran
Tema pameran telah dibahagikan kepada 3 kategori mengikut bulan iaitu :-
- 15 Disember 2010 - 14 Januari 2011 (Jiwa Muda (Youth at Heart)).
- 15 Januari 2011 - 14 Februari 2011 (Keindahan Flora dan Fauna (Beauty of Flora and Fauna)).
- 15 Februari 2011 - 15 Mac 2011 (Mengenali Dunia (Knowing The World))
Obektif pameran
- Untuk meningkatkan kesedaran dan minat serta mempamerkan kepada masyarakat terutamanya golongan muda tentang nilai ilmiah dan kebudayaan yang terdapat pada setem dan filateli serta keunikannya sebagai hobi.
- Untuk meningkatkan pengetahuan dan mempamerkan koleksi unik setem dan filateli dari serata dunia oleh ahli filateli yang ternama.
- Untuk mempamerkan koleksi artifak pos Malaysia bagi menunjukkan sejarah dan evolusi industri pos negara.
- Untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan erat antara KPKK, Jabatan Muzium Malaysia, SKMM, Pos Malaysia, Persatuan Filateli Malaysia, Ahli Filateli dan pengedar setem / filateli.
Aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang pameran tersebut terbahagi kepada 2 kategori :-
- Harian (Isnin - Jumaat)
- pameran setem dan produk filateli oleh PSM.
- penjualan setem dan produk filateli oleh Pos Malaysia.
- penjualan Setem Ku.
- mengumpul cap tarikh khas sempena Pameran Setem 1 Malaysia Satu Dunia.
- mencari setem tersembunyi dan menang.
- meneka jumlah setem dan menang.
- Hujung minggu
- penjualan oleh ‘Stamp Dealer’.
- pertandingan mewarna.
- pertandingan melukis :-
- mengikut tema pameran.
- sekali setiap bulan.
- mengenali setem dan menang (ceramah setem) - aktiviti bersama PSM.
* sumber dari Jabatan Muzium Malaysia
Setem 1Malaysia setem yang menarik.
Links cerita setem:
http://lamanperpustakaan.blogspot.com/2011/05/rasmi-u-pustaka-pahang-bicara-setem.html