Showing posts with label 2001. Show all posts
Showing posts with label 2001. Show all posts
Nov 12, 2010

Puyuh & Sang Seruk

0 comments

Puyuh dan Sang Seruk di Malaysia

Burung Pikau dan Sang Seruk merupakan jenis-jenis burung yang berwarna-warni, berbadan gempal, serta berekor pendek. Mereka tergolong dalam famili Phasianidae yang juga merangkumi burung-burung Kuau. Burung Puyuh tergolong dalam familinya sendiri, Turnicidae digolongkan dalam siri ini disebabkan persamaannya dengan Pikau dari segi saiz, bentuk dan kelakuan. Pikau dan Puyuh bersaiz kecil dan mendiami kawasan terbuka seperti semak belukar manakala Sang Seruk adalah lebih besar dan lebih khusus dijumpai di hutan hujan tropika. Makanan mereka terdiri daripada serangga, cacing, biji-biji serta buah-buahan gugur yang dijumpai di permukaan tanah. Kebanyakan spesies bersifat pemalu dan jarang dilihat.

Puyuh, Pikau dan Sang Seruk adalah di antara burung-burung yang menarik serta berwarna-warni di Malaysia. Mereka ini semuanya harus diperlindungi dan dihargai sebagai warisan semulajadi yang penting.


** tiada butiran teknik
Read more...
Nov 9, 2010

Bunga-Bunga Wangi Malaysia

0 comments

Bunga Tanjung Putih
(Mimusops elengi)

Terkenal kerana kewangiannya, khasnya pada waktu lewat petang. Dahan pokok atau pohon yang rendah ini biasanya berbunga secara berkelompok manakala daunnya pula mempunyai cairan bersusu dan diatur secara berlenturan atau menyelang.

Kenanga
(Cananga odorata)

Kenanga yang wangi mempunyai batang seumpama tiang yang pada amnya membengkok dari atas. Pokok ini mepunyai puncak yang jarang dan tidak sama dengan dahan yang bergantung ke bawah di hujungnya. Bunganya hijau bila tidak matang, bertukar menjadi kuning serta wangi bila matang.

Penaga Lilin
(Mesua ferrea)

Merupakan pohon yang sentiasa menghijau, tumbuh pada ketinggian 60 meter. Daunnya yang muda adalah menawan dan berwarna merah kilauan. Walaupun pada awalnya ia tumbuh dengan perlahan, namun apabila ia mencapai kematangan, Penaga Lilin adalah sebuah pokok yang berseri dengan bunga wangi besar, putih dengan benang sari yang kuning.
Cempaka
(Michelia champaca)

Cempaka yang harum mempunyai ciri-ciri menyelang atau berpusar dan berselit, yang mana tidak berlentok. Bunganya yang terang berwarna kuning serta besar, biasanya mempunyai sebuah bunga di sebuah tangkai yang berdaun banyak. Terdapat pelbagai jenis Cempaka yang mempunyai pelbagai warna. Pokok yang tegap ini biasanya mencapai ketinggian yang tinggi.


* tiada butiran teknik
Read more...
Nov 7, 2010

Sukan SEA XXI

0 comments

Cahaya

Suatu simbol sejagat kecemerlangan dan kegemilangan, anyaman cahaya yang melambangkan warna-warna bendera Malaysia, memaparkan perpaduan serantau dan penglibatan serta kehadiran para atlet terbaik di Asia Tenggara. Lingkaran di puncak cahaya melambangkan logo Persekutuan Sukan Asia Tenggara.

Si Tumas - Maskot

Si Tumas, tupai yang mesra, ceria, bertenaga, lincah serta ramah amat sesuai sebagai maskot sukan SEA. Warna keemasannya menandakan kemenangan; namanya SI daripada bunyinya bersamaan dengan SEA dan ia juga adalah gelaran yang biasa dipakai di dalam bahasa Melayu. TU ialah perkataan awal bagi Tupai dan MAS adalah dari perkataan EMAS, dengan itu, SI TUMAS.



* tiada butiran teknik
Read more...
Nov 6, 2010

Hidupan Laut Siri V

0 comments

Laut Kita, Warisan Kita

Kepelbagaian hidupan marin serta terumbu karang yang menarik dan unik adalah merupakan khazanah lautan yang perlu dipelihara dan dilindungi untuk dinikmati bersama oleh generasi masa depan. Ianya merupakan satu rantaian ekosistem marin yang saling berkait di antara satu sama lain dan kemusnahan salah satu daripada rantaian ini akan menyebabkan keruntuhan pada sistem rantaian ekosistem tersebut. "Laut Kita, Warisan Bersama"

Kima / Tridacna gigas
Kuda Laut / Hippocampus sp
Tapak Sulaiman / Oreaster occidentalis
Tapak Gajah / Cassis cornuta


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 10.11.2001
Denominasi : 20 sen, 30 sen, 50 sen, RM1
Saiz Setem : 38mm x 28mm
Tebukan : (38~133/4 & 28~131/2)
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Hazel Design
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Read more...
Oct 29, 2010

Ayam Katik

0 comments


Ayam Katik | Malaysian Bantams

Ayam-ayam katik di Malaysia, terutamanya Ayam Serama dan Ayam Kapan adalah sangat dihargai kerana kecantikannya. Pertandingan-pertandingan sering kali diadakan oleh peminat-peminat ayam katik tempatan; pemilihan juaranya adalah berdasarkan kecantikan keseluruhan, gaya, serta lain-lain nilai fizikal yang menarik. Pemeliharaan ayam katik akan kekal sebagai satu hobi yang sangat diminati pada tahun-tahun yang akan datang.



BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 1.8.2001
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 30mm x 40mm
Tebukan : 12¾, 12½
Kertas : Tera air SPM, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Teh Yew Kiang
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Read more...

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings