Nov 9, 2010

Bunga-Bunga Wangi Malaysia

0 comments

Bunga Tanjung Putih
(Mimusops elengi)

Terkenal kerana kewangiannya, khasnya pada waktu lewat petang. Dahan pokok atau pohon yang rendah ini biasanya berbunga secara berkelompok manakala daunnya pula mempunyai cairan bersusu dan diatur secara berlenturan atau menyelang.

Kenanga
(Cananga odorata)

Kenanga yang wangi mempunyai batang seumpama tiang yang pada amnya membengkok dari atas. Pokok ini mepunyai puncak yang jarang dan tidak sama dengan dahan yang bergantung ke bawah di hujungnya. Bunganya hijau bila tidak matang, bertukar menjadi kuning serta wangi bila matang.

Penaga Lilin
(Mesua ferrea)

Merupakan pohon yang sentiasa menghijau, tumbuh pada ketinggian 60 meter. Daunnya yang muda adalah menawan dan berwarna merah kilauan. Walaupun pada awalnya ia tumbuh dengan perlahan, namun apabila ia mencapai kematangan, Penaga Lilin adalah sebuah pokok yang berseri dengan bunga wangi besar, putih dengan benang sari yang kuning.
Cempaka
(Michelia champaca)

Cempaka yang harum mempunyai ciri-ciri menyelang atau berpusar dan berselit, yang mana tidak berlentok. Bunganya yang terang berwarna kuning serta besar, biasanya mempunyai sebuah bunga di sebuah tangkai yang berdaun banyak. Terdapat pelbagai jenis Cempaka yang mempunyai pelbagai warna. Pokok yang tegap ini biasanya mencapai ketinggian yang tinggi.


* tiada butiran teknik

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings