Showing posts with label bangunan dan tempat. Show all posts
Showing posts with label bangunan dan tempat. Show all posts
Nov 30, 2011

Peti Surat

2 comments
SETEM (RM1)
- Bukit Bendera, Pulau Pinang
- Bukit Fraser, Pahang
- Melaka Bandaraya Bersejarah
- Seremban, Negeri Sembilan
- Pejabat Pos Besar, Kuala Lumpur

Sampul Surat Hari Pertama


Helaian Setem


Buku Setem






Butiran Teknikal
Setem
Setem Nilai setem: RM1 (Spot UV & Cetakan Timbul)
Helaian Setem
Kandungan helaian: 20 setem
Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor Proses
Cetakan: Litografi
Pencetak: Joh. Enschede Secure Print, Belanda
Perekabentuk Setem: Hazel Design Sdn Bhd
Sampul Surat Hari Pertama
Nilai Sampul Surat Hari Pertama: 50 Sen
Buku Setem
Nilai Buku Setem: RM6.00 (Lekat Sendiri)
Folder
Folder : RM 5.50
Hari Keluaran 
10-Okt-2011
Read more...
Oct 31, 2010

Jambatan-Jambatan Di Malaysia

0 comments



Jambatan adalah unsur utama dalam jalinan komunikasi di antara bandar-bandar dan pekan-pekan yang dipisahkan oleh permukaan bumi atau sungai yang sukar. Peranan jambatan menjadi sangat penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial Malaysia, bagi memudahkan jalinan dalam pengangkutan manusia dan barangan.

Pembinaan jambatan sepanjang abad yang lalu telah berubah dari jambatan berstruktur kayu yang ringkas kepada penggunaan besi dan konkrit yang canggih. Di antara jambatan yang dibina menerusi teknik kejuruteraan yang maju pada zaman tersebut adalah Jambatan Victoria, Perak yang dibina pada 1897.

Siri ini memaparkan jambatan-jambatan inovatif yang dibina sehingga kemerdekaan Malaysia pada 1957. Koleksi struktur bersejarah ini diberikan pengiktirafan kerana ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan industri perlombongan timah, getah dan keseluruhan ekonomi negara.



Jambatan Merdeka, Kedah

Pada 1955, Jambatan Merdeka dibina dan dilancarkan secara rasminya pada 1957, yang merupakan tahun kemerdekaan Tanah Melayu. Merentasi Sungai Muda, sungai terpanjang di Kedah, jambatan ini menjadi penghubung utama bagi pengangkutan barangan dan penduduk sekitar. Sungai ini juga digunakan sebagai tanda sempadan di antara Pulau Pinang dan Kedah. Sungai Muda membekalkan air untuk kegunaan harian dan juga bagi pengairan sawah padi di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang. Jambatan bergalang konkrit ini direka dan dibina oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.


Jambatan Merdeka, Kedah


Jambatan Victoria, Perak

Jambatan Victoria di Karai, Perak adalah jambatan tertua di Tanah Melayu. Dibina pada tahun 1897, ketika itu ia adalah sebuah jambatan yang terunggul di Timur jauh dari segi kejuruteraannya. Jambatan ini menyediakan hubungan komunikasi untuk pertumbuhan industri perlombongan timah dan juga pembangunan bandar-bandar perlombongan di Semenanjung Tanah Melayu. Dengan pembukaan jambatan ini, keseluruhan kawasan Semenanjung Malaya dari Perai ke Johor Bahru telah dihubungkan dengan perkhidmatan keretapi.

Jambatan Victoria, Perak


Jambatan Kota, Klang

Bandar Klang dipisahkan oleh Sungai Klang dan dihubungkan menerusi Jambatan Brickfield yang dibina pada 1907. Ianya telah musnah pada 1941 semasa Perang Dunia Kedua, di mana ini mengakibatkan kesukaran yang ketara dalam pengangkutan dan komunikasi, terutamanya untuk barangan yang disalurkan dari Pelabuhan Klang ke bandar-bandar lain. Pada 1958, sebuah jambatan dua tingkat telah dibina, yang pertama seumpamanya di Tanah Melayu, dengan laluan pejalan kaki di bahagian bawah. Jambatan galang kerangka dua tingkat ini dinamakan Jambatan Kota.


Jambatan Kota, Klang




Jambatan Sungai Segamat, Johor

Jambatan ini dibina pada tahun 1933 untuk memberi kemudahan pengangkutan di daerah Segamat sebagai usaha kerajaan bagi membangunkan aktiviti pertanian dan ekonomi daerah tersebut. Jambatan Sungai Segamat ini adalah dari jenis Bridge Steel Pratt Girder dan panjangnya adalah 99.43 meter. Ia menyediakan lintasan keretapi yang menyeberangi Sungai Segamat.

Jambatan Sungai Segamat, Johor


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 28.2.2008
Denominasi : 30 sen, 50 sen (dua rekabentuk), RM1
Saiz Setem : 50mm x 30mm
Tebukan : 14
Kandungan Helaian : 20 setem
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Reign Associates Sdn. Bhd.
Sampul Surat hari Pertama : 30 sen
Read more...
Oct 16, 2010

Pejabat Pos Lama

0 comments
SET 1


SET 2



Pejabat Pos telah mula diwujudkan secara rasminya di England pada tahun 1660. pejabat Pos kemudiannya telah diperkembangkan ke seluruh Empayar British dan negara-negara lain termasuk Malaysia. Pada awal tahun 1800, perkhidmatan pos mula diperkenalkan di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), dan kemudian berkembang ke seluruh Malaysia menjelang awal abad ke-20.

Pejabat Pos merupakan kemudahan untuk tujuan penghantaran, penerimaan, isihan dan pengendalian mel. Kesemua item yang diposkan dipindahkan daripada pejabat pos di kawasan tersebut ke pusat agihan yang dikenali sebagai stesen isihan dan kemudian dihantar kepada penerima. Setiap pejabat pos dipertanggungjawabkan kepada seorang Ketua Pos.


Read more...
Oct 10, 2010

Putrajaya Wilayah Persekutuan

0 comments

Putrajaya, yang telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1.2.2001, menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat Malaysia yang baru, kawasan perumahan terancang, taman-taman, pusat komersial dan kebudayaan, pusat kesukanan serta rekreasi dan pusat penerangan teknologi. Meliputi kawasan seluas 4,581 ekar di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia (MSC), bandar ini juga berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Cyberjaya dan ibukota Persekutuan Kuala Lumpur.

Putrajaya merupakan suatu bandar moden yang terancang yang dibina untuk memenuhi cabaran milinia baru disamping mencerminkan kebudayaan yang kaya dan warisan alam semulajadi negara. Sememangnya ia adalah suatu Kota Pintar yang mendapat inspirasi dari alam sekitar untuk menghasilkan suatu Kota Di Dalam Taman.



Tarikh Keluaran : 1.2.2001


*tiada butiran teknik
Read more...
Oct 9, 2010

Panggung Negara

0 comments

Terletak bersebelahan Tasik Titiwangsa di persimpangan Jalan Tun Razak dan Jalan Kuantan, Istana Budaya, bangunan yang menjadi rumah kepada Panggung Negara Malaysia, ialah teater lirik abad ke-21.

Dengan kos RM210 juta dan meliputi 5.44 hektar keluasan lantai 21,000 meter persegi, Istana Budaya boleh berbangga sebagai sebuah panggung yang pertama di Asia yang mempunyai mekanisma pentas yang tercanggih untuk pementasan teater. Kedudukan ini juga meletakkannya di dalam senarai 10 panggung yang tercanggih di dunia dan setaraf dengan Royal Albert Hall di London.

Sungguhpun idea untuk mewujudkan prasarana initimbul pada tahun 1971, kerja-kerja pembinaannya hanya bermula pada tahun 1995. Reka bentuk bangunan ini bercirikan kebudayaan Melayu dengan menggabungkan bahan-bahan tempatan di dalam kemasan dalamannya. Permaidani tebal bermotifkan dedaun pohon beringin menghiasi hampir setiap foyer dan lobi, sementara beberapa lukisan karya pelukis dan Seniman Negara Dato' Syed Ahmad Jamal mewarnai dinding.
Read more...

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings