Keretapi Tanah Melayu
Perkhidmatan Keretapi di Semenanjung Malaysia dijalankan sejak zaman penjajahan lagi. Pada masa itu perkhidmatan ini digunakan bagi mengangkut bijih timah dan getah yang merupakan punca ekonomi negara yang utama. Landasan pertama sepanjang 13 km dibina dalam tahun 1884 yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld (sekarang dikenali dengan nama Kuala Sepetang) dan mula digunakan pada tahun 1885. Sejak itu landasan-landasan keretapi lain dibina seperti landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kelang, Seremban dengan Port Dickson, Tapah Road dengan Teluk Anson (Teluk Intan). Dengan Permulaan ini telah memajukan perkhidmatan keretapi di negeri-negeri lain yang mana kemudiannya telah digabungkan dalam tahun 1901 dan gabungan ini kemudian dikenali sebagai Keretapi Negeri-Negeri melayu Bersekutu.
Kini perkhidmatan keretapi bukan hanya untuk ekemudahan ekonomi sahaja bahkan bagi menampung keperluan sosial, keselamatan, ekonomi, kepercayaan, keselesaan dan kecekapan. Perkhidmatan yang sempurna merupakan objektif Keretapi Tanah Melayu dalam meningkatkan lagi perkhidmatan selaras dengan penambahan dalam permintaan pengangkutan.
Read more...