Sep 26, 2010

100 Tahun KTM 1885 - 1985

4 comments












Keretapi Tanah Melayu

Perkhidmatan Keretapi di Semenanjung Malaysia dijalankan sejak zaman penjajahan lagi. Pada masa itu perkhidmatan ini digunakan bagi mengangkut bijih timah dan getah yang merupakan punca ekonomi negara yang utama. Landasan pertama sepanjang 13 km dibina dalam tahun 1884 yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld (sekarang dikenali dengan nama Kuala Sepetang) dan mula digunakan pada tahun 1885. Sejak itu landasan-landasan keretapi lain dibina seperti landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kelang, Seremban dengan Port Dickson, Tapah Road dengan Teluk Anson (Teluk Intan). Dengan Permulaan ini telah memajukan perkhidmatan keretapi di negeri-negeri lain yang mana kemudiannya telah digabungkan dalam tahun 1901 dan gabungan ini kemudian dikenali sebagai Keretapi Negeri-Negeri melayu Bersekutu.

Kini perkhidmatan keretapi bukan hanya untuk ekemudahan ekonomi sahaja bahkan bagi menampung keperluan sosial, keselamatan, ekonomi, kepercayaan, keselesaan dan kecekapan. Perkhidmatan yang sempurna merupakan objektif Keretapi Tanah Melayu dalam meningkatkan lagi perkhidmatan selaras dengan penambahan dalam permintaan pengangkutan.

Buat masa ini KTM menjalankan perkhidmatan sebanyak 176 kali sehari dengan menggunakan lokomotif berjumlah 101. 280 buah gerabak digunakan untuk mengangkut penumpang dan 5,193 gerabak lagi untuk mengangkut barangan. Dalam tahun 1984 KTM telah membawa sejumlah 6.6 juta penumpang dengan hasil keuntungan berjumlah $60 juta. Pengangkutan barangan pula berjumlah 3.3 juta tan dengan pendapatan lebih $56.2 juta.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-5 (1986-1990) KTM berhasrat untuk memajukan lagi perkhidmatannya. Ini termasuk penggunaan alat kawal komunikasi yang moden, membesarkan lagi stesen-stesen keretapi serta menggunakan sistem komputer untuk penjualan tiket, tempahan, tempat duduk, juga bagi mengawal gerabak-gerabak.

Antara projek-projek yang dijalankan termasuk program latihan untuk para kakitangan keretapi latihan teknikal, penyeliaan dan latihan pengurusan di semua peringkat.

Dalam jangka masa yang panjang, KTM juga berhasrat untuk membaiki landasan yang menghubungkan Butterworth dengan Johor Bahru. Begitu juga landasan elektrik akan dibina di antara Kuala Lumpur dan Kota Bharu melalui Mentakab, Kuantan dan Kuala Terengganu. Apabila projek ini siap kelak KTM akan dapat menampung permintaan pengangkutan yang bertambah pada masa yang akan datang.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 1.6.1985
Denominasi : 15 sen, 20 sen dan $1.00
Saiz Setem : 25.6 mm x 38.4 mm
Kertas : Tidak bertikas air
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Malaysia
Kandungan Sehelai : 100 setem
Perekabentuk : AMW Communications Management Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

4 Responses so far.

  1. MGMSabri says:

    salam, brape harganya yg ni ya?
    boleh emailkn harga semua FDC yg mahu dijual kpd Sabri?
    mgkn sabri mahu beli sbgi koleksi.
    email:mgm.sabri@gmail.com

  2. Ejen 010 says:

    sabri, trima kasih kerana berminat..saya ada lebih kurang 160 set FDC utk dijual. nanti saya emelkan pada awk

  3. iaryylr says:

    EJEN 010, saya ejen 2x5 , boleh email pada saya juga? :)

  4. Ejen 010 says:

    eh..ada gak ejen 2x5 ye..hehe..ok nanti saya akan emelkan

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
There was an error in this gadget
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings