KTM KOMUTER
Tahun 1995 merupakan tahun bersejarah apabila KTM Komuter telah berjaya memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter iaitu tren elektrik yang pertama di Malaysia yang mengutamakan kepantasan, ketepatan, kebersihan alam sekitar dan keselamatan. KTM Komuter menyediakan perkhidmatan kerap, selesa dengan harga yang berpatutan untuk penduduk di Lembah Klang dengan tujuan utama untuk mengurangkan kesesakan.
Tahun 1995 merupakan tahun bersejarah apabila KTM Komuter telah berjaya memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter iaitu tren elektrik yang pertama di Malaysia yang mengutamakan kepantasan, ketepatan, kebersihan alam sekitar dan keselamatan. KTM Komuter menyediakan perkhidmatan kerap, selesa dengan harga yang berpatutan untuk penduduk di Lembah Klang dengan tujuan utama untuk mengurangkan kesesakan.
KTM Komuter bermula secara berperingkat mengikut sektor dan larian komersial bagi sektor Kuala Lumpur - Rawang bermula pada 14 Ogos 1995. Menjelang 18 Disember 1995, kesemua sektor di Lembah Klang yang merangkumi 22 stesen dan 17 perhentian beroperasi sepenuhnya.
Perkhidmatan KTM Komuter telah begitu cepat dikenali sebagai mod pengangkutan yang selesa dan pantas. Kini KTM Komuter membawa lebih kurang 1.7 juta penumpang sebulan. Kekerapan perkhidmatan adalah antara 15 hingga 30 minit.
STAR - LRT
Sistem STAR - LRT siap pada tahun 1996. Sistem ini dibina sepanjang 27 km dan mempunyai 25 buah stesen.
Pada masa ini, STAR - LRT mempunyai 2 gerabak yang boleh memuatkan 800 orang penumpang dengan kelajuan maksimumnya 70 km sejam, manakala kelajuan operasi puratanya (34 km sejam) di mana ianya termasuk masa berhenti di stesen.
Tren ini beroperasi selama 18 jam sehari dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Kekerapan perjalanannya di antara 3 hingga 5 minit pada waktu sibuk dan 8 hingga 15 minit pada waktu biasa. Sistem 1 (Fasa 1) boleh memuatkan 16,000 orang penumpang sejam bagi satu arah perjalanan.
Laluan Fasa 2 STAR - LRT mempunyai 2 laluan. Salah satunya merupakan laluan sambungan sepanjang 9.5 km yang dibina dari Chan Sow Lin ke Sri Petaling dan juga termasuk laluan tambahan sejauh 3 km dari Jalan Sultan Ismail ke Sentul Timur. Walau bagaimanapun laluan tambahan ke Timur ini dijangka siap pada tahun 1999.
PUTRA - LRT
PUTRA - LRT ditubuhkan pada 24 Oktober 1994. Ianya merangkumi jarak sejauh 29 km menghubungkan kawasan pinggir bandar Timur dan Barat Kuala Lumpur yang padat dengan penduduk iaitu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
Keseluruhan laluan iaitu dari Depoh Lembah Subang ke Terminal Putra, Gombak terbahagi kepada 2 seksyen. Seksyen pertama dari Depot Lembah Subang ke stesen Pasar Seni manakala seksyen kedua, dari stesen Pasar Seni ke Terminal Putra di Gombak. Walau bagaimanapun ianya dijangka memulakan operasi pada pertengahan tahun 1999.
PUTRA - LRT beroperasi dengan 35 unit tren berkembar dan bergerak dengan kelajuan purata 40 km sejam. Kapasiti penumpang sejam sehala adalah seramai 10,000 orang dan jumlah ini dijangka bertambah kepada 30,000 orang.
Semua tren dilengkapkan dengan sistem penghawa dingin disamping menyediakan kekerapan perkhidmatan 90 saat di waktu puncak dan di antara 5-10 minit di luar waktu puncak. Perkhidmatan tren bermula dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari. Apabila siap sepenuhnya pada tahun 1999, ianya akan muncul sebagai satu-satunya sistem tanpa pemandu yang terpanjang di dunia.
Menjelang tahun 2000, ketiga-tiga sistem ini akan melengkapkan sebahagian penting sistem pengangkutan bandar yang bersepadu dan menyeluruh seperti yang dirancangkan untuk Kuala Lumpur.
BUTIRAN TEKNIK
Tarikh Keluaran : 31.10.1998
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 38mm x 28mm
Tebukan : 14
Kertas : Tera air SPM, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Peter Chuah PK
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen
Setem 30 sen memaparkan Putra-LRT beroperasi dengan rasminya pada 1 September 1998.
Setem 50 sen memaparkan STAR-LRT memulakan perkhidmatannya pada 16 Disember 1996.
Setem RM1 memaparkan KTM Komuter, perkhidmatannya diperkenalkan pada 14 Ogos 1995.
Kesemua ketiga-tiga reka bentuk berlatar belakangkan bangunan Malaysia yang mudah dikenali.
Post a Comment