Sep 20, 2010

Pertabalan D.Y.M.M. Sultan Mahmud Trengganu

0 comments

Riwayat Hidup Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud

Duli Yang Maha Mulia sultan Mahmud ibni Al Marhum Tuanku Al Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah diputerakan pada 29 April 1930 di Bandar Kuala Trengganu.

Duli Yang Maha Mulia telah belajar di sekolah Melayu tempatan dan di Sekolah Inggeris Crown Grammar, Kuala Trengganu. Duli Yang Maha Mulia telah melanjutkan pelajaran ke England daripada bulan Mei 1949 hingga bulan Disember 1950.

Duli Yang Maha Mulia telah dilantik sebagai Yang Di Pertuan Muda bagi negeri Trengganu pada 18 Disember 1950. Dengan kehendak ALLAH Yang Maha Kuasa pada 20 September 1979 Duli Yang Maha Mulia telah dilantik dan dinaikkan ke atas Singgahsana Takhta Kerajaan sebagai Raja yang memerintah negeri Trengganu Darul Iman serta segala jajahan taklunya, Duli Yang Maha Mulia telah berkahwin dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Bariah puteri kepada Al Marhum sultan Hisamuddin Alam Shah Al Haj Selangor pada 22 Mac 1951 di Kuala Lumpur yang sekarang ini bergelar Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Besar Trengganu.

Duli Yang Maha Mulia telah berangkat ke England kali yang kedua kerana mengambil kursus di dalam Hal Ehwal Perikanan pada 11 Ogos 1951 dan telah berangkat balik dalam bulan Februari 1954.

Duli Yang Maha Mulia telah menghadiri latihan Tentera di Kem Latihan Askar Melayu di Port Dickson pada 3 Januari 1955 dan mulai daripada 20 Ogos 1956 telah dikurniakan Pangkat Kaptan Yang Kehormat. Pada 1 Ogos 1958 telah dinaikkan ke Pangkat Mejar Yang Kehormat dalam Pasukan Askar Melayu Di Raja. Dan mulai daripada 1 Ogos 1965 telah dianugerahkan Tauliah Di Raja dalam Pasukan Askar Wataniah Malaysia sebagai Pegawai Sukarela dengan menyandang pangkat Mejar iaitu menggantikan Tauliah Di Raja Kehormat dalam pasukan Askar Melayu Di Raja dan mulai 1 Disember 1968 telah dinaikkan ke Pangkat Leftenan Kolonel dalam Pasukan PertahananTempatan (Askar Wataniah Malaysia) dan juga Duli Yang Maha Mulia telah dilantik untuk memegang jawatan Pegawai Pemerintah Pasukan Pertahanan Tempatan Negeri Trengganu mulai daripada tarikh itu.
 
Duli Yang Maha Mulia telah dianugerahkan dengan bintang kebesaran Darjah Kerabat Trengganu Yang Amat Mulia, Darjah Yang Pertama (D.K.) oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Baginda Al Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 26 Jun 1964 dan pada 26 Jun 1977 telah dianugerahkan pula dengan bintang kebesaran darjah Seri Paduka Mahkota Trengganu (S.P.M.T.).

Duli Yang Maha Mulia telah dianugerahakan dengan bintang darjah kebesaran Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.) oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 17 Disember 1977. Semasa menyambut Perayaan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang Ke-52 pada 8 Mac 1978, Duli Yang Maha Mulia telah dianugerahkan pula dengan bintang kebesaran Darjah Kerabat Selangor (D.K.).

Duli Yang Maha Mulia telah dilantik sebagai Pemangku Raja Trengganu bagi kali yang pertamanya ialah pada 2 April 1965 dan kali yang keduanya pada 21 September 1965 apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Baginda Al Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dilantik sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang keempat. Dan pada 21 Mac 1979 semasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda Baginda berangkat keluar negeri, Baginda telah dilantik lagi menjadi Pemangku Raja Trengganu.

Kegemaran Duli Yang Maha Mulia ialah Golf, Tennis dan Menunggang Kuda.



BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 21.3.1981
Denominasi : 10 sen, 15 sen dan 50 sen
Ukuran : 25 mm x 35 mm
Pelukis : Malaysian Advertising Services, Kuala Lumpur
Proses Pencetak : Litografi
Kertas : Kertas setem pos putih tidak bertikas air.
Pencetak : Syarikat Harrison & Sons (High Wycombe) Ltd. England

Rekabentuk dan Warna :-
10 sen : Gambar menunjukkan wajah berwarna hitam dan putih D.Y.M.M. sultan Mahmud di atas latar belakang berwarna biru. Perkataan -perkataan 'Malaysia' dan "10 ¢" adalah berwarna emas. Perkataan-perkataan "Pertabalan D.Y.M.M. Sultan Trengganu" dicetak dengan warna hitam di atas latar belakang berwarna emas.

15 sen : Rekabentuk ini adalah sama dengan jenis 10 sen kecuali latarbelakangnya berwarna kuning.

50 sen : Rekabentuk ini sama dengan jenis 10 sen kecuali latarbelakangnya berwarna merah tua.

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings