Sep 29, 2010

Perasmian Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia

0 comments











Kemegahan Senibina

Projek Perpustakaan Negara malaysia telah mula dibayangkan sejak tahun 1970an. Pada tahun 1978, satu tapak yang sesuai seluas 2.2 hektar telah dikenalpasti untuk Bangunan Negara Malaysia iaitu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1979, kerajaan telah melantik pasukan Juruperunding swasta untuk menjalankan Projek Bangunan Perpustakaan Negara Malaysia. Dalam tahun 1982, konsep rekabentuk pelan awal bangunan telah diluluskan oleh kerajaan.

Konsep rekabentuk Perpustakaan Negara berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan kebanggaan budaya Malaysia.

Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum di halaman "taman ilmu" bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara. Rekabentuk bangunan ini diilhamkan dari warisan budaya yang kaya. Susunan ubin menghasilkan corak songket berwarna biru.

Susunan ruang terbuka ruang menggalakkan pengguna melangkah masuk ke setiap ruang perpustakaan. Susunan ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. "Skylight" yang terdapat di puncak bumbung mengilhamkan pencapaian ilmu yang luas. Di antara lima tiang atriumnya terbentuk ruang menegak yang luas.

Tujuh tingkat yang menempatkan pelbagai bahagian dan kemudahan perpustakaan dihubungkan dengan tangga yang menarik. Setiap aras tersusun kemas, menempatkan rangkaian perkhidmatan, koleksi dan maklumat di perpustakaan. Rekabentuk bangunan ini juga mengambil kira kemudahan untuk orang cacat.

Rekabentuk senibina bangunan ini mengadunkan tradisi dan citarasa masakini. Ruang lantai seluas 22,037 meter persegi mampu menampung 1,000 pembaca pada satu masa, 400 kakitangan dan 1 juta koleksi buku.
Kegemilangan Warisan

Manuskrip Melayu adalah hasil tulisan tangan dalam bahasa Melayu yang merupakan satu aspek budaya orang Melayu yang penting. Manuskrip Melayu mengandungi pelbagai hasil pemikiran mereka yang diwarisi sejak lebih seratus tahun yang lalu.

Semenjak zaman orang Melayu pandai menulis, terutama sekali selepas Islam tersebar luas di Alam Melayu dan terciptanya skrip Jawi, ribuan manuskrip Melayu telah ditulis di atas bahan seperti kulit, daun lontar, kulit kayu dan juga kertas. Manuskrip mengenai pelbagai bidang ilmu mencerminkan kegemilangan budaya dan intelektual orang Melayu. Sejak zaman silam bebagai hasil tulisan hikayat dan riwayat, dalam bentuk prosa dan puisi, silsilah, sejarah, adat istiadat dan undang-undang telah dihasilkan untuk golongan istana dan rakyat jelata. Ketika itu manuskrip mengenai ajaran dan sastera Islam banyak mempengaruhi kehidupan seharian orang Melayu.

Kebanyakan manuskrip Melayu terawal dan tidak ternilai harganya kini tersimpan di institusi luar dunia Melayu. Sementara manuskrip Melayu yang tersimpan dalam koleksi individu tidak dijaga dengan baik serta terdedah kepada pelbagai punca kerosakan seperti serangga dan tahap kelembapan yang tinggi.

Menyedari keperluan untuk memelihara warisan negara yang tidak ternilai itu, Pusat Manuskrip Melayu telah diwujudkan sebagai satu bahagian di Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1985. Pusat Manuskrip Melayu terus melaksanakan peranan untuk mengambil langkah membina koleksi manuskrip Melayu yang terulung di dunia.


Teknologi Maklumat

Penglibatan dalam pengkomputeran telah bermula dari tahun 1978 apabila Perpustakaan Negara menyertai projek MALMARC (Malaysia Machine Readable Catalogue). Sistem MALMARC merupakan projek kerjasama untuk membina pangkalan data Katalog Induk Koleksi perpustakaan yang dianggotai oleh perpustakaan Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran: 16.12.1994
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 28mm x 38mm
Tebukan : 13
ProsesPencetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd. Malaysia
Kandungan Sehelai : 100 setem
Perekabentuk : Image Promotions Sdn. Bhd.
Sampul Surat Hari Pertama Tanpa Setem : 20 sen

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings