Sep 27, 2010

Tempat Bersejarah Menara - Jam

0 comments











Kewujudan menara jam di setiap bandar di Malaysia merupakan suatu rakaman sejarah tentang kehidupan masyarakat bandar pada waktu tersebut yang seharusnya dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Dengan ciri-ciri binaannya yang unik dan menarik, ia seharusnya menjadi satu kebanggan buat kita rakyat Malaysia.


Menara Jam Gereja Christ Melaka

Menara jam yang terletak di tengah-tengah bandar Melaka ini dibina pada tahun 1650 berdasarkan seni rekabentuk Belanda. Keunikan rekabentuk dan nilai sejarahnya menyebabkan ia menjadi tempat tumpuan terutamanya untuk tujuan fotografi.


Menara Jam Teluk Intan

Terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, menara jam dengan ketinggian 25.5 meter ini merupai 8 tingkat tetapi sebenarnya bangunan ini setinggi 3 tingkat sahaja. Menara yang berbentuk pagoda ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Chong, seorang kontraktor Cina bertujuan sebagai sebuah tangki air.


Menara Jam Sungai Petani

Menara jam ini terletak di tengah-tengah Jalan Ibrahim dengan ketinggian 60 kaki dan keluasan tapak binaannya 121 kaki persegi. Ia dibina pada 1936 dan adalah hasil sumbangan Lim Lean Teng sempena perayaan Jubli Perak Raja George V dan Ratu Mary di London. Menara ini walaubagaimanapun, dijadikan sebagai tugu peringatan kepada Raja George V (1910-1936) apabila baginda meninggal dunia sebelum ia sempat disiapkan.


Tugu Majlis Negeri Sarawak

Satu tapak peringatan telah didirikan pada tahun 1967 dan diperelokkan lagi dengan menara jam dan air pancut pada tahun 1987. Semua ini adalah untuk memperingati ulangtahun Persidangan Majlis Perundangan Negeri yang pertama dan tertua di Malaysia iaitu pada tahun 1867 . Pada tahun inilah pertemuan lima pegawai British dan enam belas ketua kampung dari berbagai kaum bertemu.


Menara Jam Jubli Pulau Pinang

Menara jam yang mempunyai rekabentuk "moor" ini terletak di persimpangan Lebuh Light dan Lebuh Pantai. Ketinggian menara ini ialah 60 kaki dengan setiap satu kaki melambangkan satu tahun pemerintahan Ratu Victoria. Menara ini dihadiahkan oleh jutawan Cheah Chen Eok pada tahun 1897 sempena Jubli Intan Ratu Victoria.



BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 24 Mei 2003
Denominasi : 30 sen x 5 rekabentuk
Saiz Setem : 30mm x 40mm
Tebukan : 14
Kandungan Helaian : 20 setem
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Lotografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Perekabentuk : Warna Ilham

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings