Sep 28, 2010

Lapangan Terbang Antarabangsa KL

0 comments











Lapangan Terbang Antarabangsa KL baru di Sepang akan menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah yang ada sekarang (sebelumnya dikenali Lapangan Terbang Antarabangsa Subang) sebagai pintu masuk antarabangsa utama ke Malaysia. Ditempatkan di kawasan seluas 10,000 hektar iaitu 65 kilometer keselatan dari ibu negara Kuala Lumpur. Lapangan terbang baru ini direka bentuk untuk memenuhi permintaan trafik udara masa sekarang dan masa hadapan.

Berikutan kompleksi kajian asal perancangan baru Lapangan Terbang Antarabangsa KL, pembinaan dan kerja-kerja pecah tanah lapangan terbang baru ini dimulakan lewat dalam tahun 1993. Pembinaan kemudahan-kemudahan fizikal dan pemasangan sistem peralatan telah disiapkan seawal tahun 1998 dan ianya akan dibuka untuk operasi komersialnya dalam bulan Jun 1998.

Lapangan Terbang Antarabangsa KL yang akan dibuka nanti direka bentuk untuk mengendalikan 25 juta penumpang dan berupaya mengedalikan kargo 1 juta tan metrik setahun. Kemudahan-kemudahan yang disediakan mengandungi bangunan terminal utama dengan penghubung tambahan, bangunan satelit dihubungkan kepada bangunan utama melalui sistem rel, tempat penumpang menunggu berdinding kaca, 2 landasan berlepas yang selari sepanjang 4 km tiap-tiap satu dan laluan teksi yang diseragamkan, menara kawalan, kemudahan kargo, kemudahan menyelenggara kapal terbang dan lain-lain kemudahan yang perlu untuk kemudahan operasi penerbangan, penumpang, lapangan terbang dan pihak berkuasa penerbangan, operasi, pemegang-pemegang konsesi, agen-agen, pengendali-pengendali dan pengguna-pengguna yang berkenaan.

Laluan darat ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL baru merupakan satu rangkaian jalan raya yang terbaik mengandungi Ekspres Lingkaran Tengah Utara Selatan mempunyai 6 lorong. Bahkan terdapat dua lingkaran tambahan dihubungkan secara terus dari Kuala Lumpur ke Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL serta mempunyai pengangkutan rel laju akan dibina dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Terminal Udara Baru di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur.

Selain daripada kemudahan dan sistem yang moden dan canggih adalah untuk memberi kemudahan kepada penumpang, selamat dan selesa, Lapangan Terbang Antarabangsa KL juga direka bentuk untuk dijadikan lapangan terbang sahabat kepada alam sekitar dengan tema "lapangan terbang di dalam hutan" dan "hutan di dalam lapangan terbang".


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 27.6.1998
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 45mm x 35mm
Tebukan : 13
Kertas : Tera air SPM, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Peter Chuah PK
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen


Setem 30 sen menggambarkan Laluan Sistem Transit yang merupakan pengangkutan ulangalik berautomatik. Latar belakangnya merupakan terminal utama di mana kapalterbang sedang ditempatkan.

Setem 50 sen memaparkan bangunan satelit masa akan datang manakala latar belakangnya ialah bangunan terminal utama dari pandangan sisi.

Setem RM1 menunjukkan kapalterbang sedang berlepas dari landasan. Latar belakangnya merupakan bangunan satelit untuk perkhidmatan antarabangsa.

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings