Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT)
Program Satelit Asia Timur (MEASAT) adalah sistem dua satelit yang akan mempelopori kemasukan Malaysia ke dalam komuniti pemilik dan pengendali satelit komunikasi dunia. MEASAT termasuk dalam kategori satelit generasi baru yang direka khas khusus untuk perkhidmatan penyiaran dan komunikasi. MEASAT akan membawa beban hidrid yang direka bentuk untuk sistem digital tercanggih, membolehkannya menghubungkan sesama rakyat Malaysia dan dengan jiran-jiran di Asia Timur. Sebagai sistem satelit serantau, MEASAT amat sesuai untuk keperluan rantau ini.
Teknologi VSAT yang menggunakan MEASAT juga akan membolehkan transmisi video, data dan suara dilakukan secara serentak dengan menggunakan satu talian. Dari alur orbitnya 91.5°T, lingkaran MEASAT akan merangkumi hampir seluruh Asia Timur, termasuk Australia Utara, Hong Kong, India, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam, sebahagian daripada Selatan China dan Malaysia.
MEASAT-1 dilancarkan ke dalam orbit dari pelabuhan angkasa lepas Eropah di Kourou, French Guina, Amerika Selatan. Pelancar Ariane-4 digunakan untuk menghantar MEASAT ke dalam orbit geosegerak 36,000 kilometer di atas Khatulistiwa. Pergerakan telemetri, pengesanan dan kawalan kedua-dua satelit ini akan dilakukan dari Pusat Kawalan Satelit MEASAT yang terletak di Pulau Langkawi, sebuah pulau di barat laut Semenanjung Malaysia yang dikenal pasti sebagai pusat angkasa lepas negara.
BUTIRAN TEKNIK
Tarikh Keluaran : Jan. 1996
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 28mm x 40mm
Tebukan : 14
Kandungan Helaian : 50 setem
Kertas : Tidak tera air, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Southern Colour Print, New Zealand
Pereka Bentuk Setem : Nerve Centre Associates
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen
Post a Comment