Oct 18, 2010

Hidupan Liar Yang Diperlindungi Di Malaysia - Siri II

0 comments

KUANG

Burung kuang ini agak besar dan cantik dan terdapat di hutan hujan primer di Malaysia. Terdapat 18 spesies burung kuang di Malaysia dan 30 subspesies ini adalah dikenal pasti. Tiga daripada 18 spesies tersebut dianggap mengalami kepunahan secara antarabangsa. Satu spesies daripadanya dipercayai lenyap di negara ini dan tujuh spesies yang lain sedang mengalami kemusnahan dengan adanya pemburuan dan pemusnahan habitat. 10 spesies adalah dilindungi sepenuhnya dan 5 spesies lagi dilindungi oleh undang-undang Malaysia.


Kuang Raya - Argusianus argus

Kuang Raya ini terdapat di tanah rendah hutan utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Burung ini dilindungi di Sabah dan Sarawak dan dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. Kuang jantan dan kuang betina biasanya hidup bersendirian. Kuang jantan akan mencari tempat lapang dan bersih daripada tumbuh-tumbuhan di dataran tinggi untuk menari. Burung-burung ini hidup dengan memakan guguran buah-buahan, biji-bijian, siput dan serangga seperti semut.

Ayam Pakiak - Lophura bulweri

Ayam Pakiak adalah endemi di Borneo dan terdapat di Sabah dan Sarawak. Burung ini terdapat di tempat-tempat tertentu di bukit-bukit kecil hutan utama dan dibahagikan dengan cara tidak tertentu. Burung ini dilindungi di Sabah dan Sarawak. Burung ini bersembunyi di sebalik dataran tanah hutan dan ekornya melengkung di belakang badannya. Burung jantan ini pintar menarik perhatian pasangan. Makanannya adalah dari guguran buah-buahan dan serangga.


Ayam Pegar - Lophura ignita

Kuang spesies ini terdapat di tanah rendah hutan utama di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Spesies kuang ini dilindungi di Sabah dan Sarawak dan dilindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. Setiap kelompok yang terdiri daripada lima hingga enam ekor dengan ditemani seekor kuang jantan sering dijumpai di hutan tebal. Spesies kuang ini pantas berlari dan suka mencakar-cakar tanah dan pohon-pohon reput untuk mencari makanan. Beri, dedaun muda dan serangga menjadi makanannya.

Merak Pongsu - Pavo malacense

Kuang spesies ini terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Spesies ini jarang sekali dijumpai dan mendiami dataran hutan utama tanah rendah. Spesies kuang  ini mengalami kepunahan dan diperlindungi di Sabah dan Sarawak dan diperlindungi sepenuhnya di Semenanjung Malaysia. Kuang ini didapati segan dengan manusia dan mendiami hutan tebal. Tidak banyak diketahui mengenai tabiat dan makanannya.

BUTIRAN TEKNIK
Tarikh Keluaran : 11.3.1986
Denominasi : 2 pasang 'se-tenang' bernilai 20 sen dan 40 sen
Saiz Setem : 29.85mm x 40.64mm
Kertas : Tidak tera air
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Malaysia
Pereka Bentuk Setem : Peter Khang Howe Ket

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
There was an error in this gadget
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings