Oct 24, 2010

Songket Seni Warisan Agung

0 comments


Siri setem ini memaparkan reka bentuk dan motif yang menarik yang boleh didapati pada broked kain Malaysia iaitu songket. Songket dihasilkan dengan memasukkan benang emas dan perak ke dalam garisan antara benang-benang sutera dan kapas pada kain. Ianya sangat eksklusif di kalangan raja-raja Melayu, namun songket kini mampu dimiliki oleh sesiapa saja. Harganya melebihi RM100 sehingga menjangkau puluhan ribu ringgit sehelai bergantung kepada hasil mutu kerja dan jenis kain songket yang digunakan.

Motif kain songket alam semulajadi seperti bunga-bunga, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan tempatan. Konsep yang digunakan menggambarkan keharmonian, keseimbangan, irama, pengulangan corak dan pelbagai saiz motif menunjukkan nilai artistik yang tinggi pada songket tersebut. Manakala penggunaan benang emas dan perak pada songket menyerlahkan kemewahan dan kemasyhuran reka bentuk dan corak fabrik tersebut.

Songket gemar dipakai oleh orang-orang Melayu untuk majlis-majlis tradisional dan majlis-majlis rasmi. Usaha kini sedang giat dijalankan untuk mempromosi songket sebagai kebanggan rakyat dan seterusnya memasyhurkan songket di peringkat antarabangsa.


CORAK-CORAK SONGKET

Pucuk Rebung Gigi Yu

Juga dikenali sebagai corak pucuk rebung, coraknya agak tersusun tetapi kaku. Membentuk formasi seperti ombak dengan hujungnya tajam seperti gigi ikan yu. Ia merupakan rekaan motif flora yang kompleks. Keseluruhan coraknya menggambarkan kesan integrasi dan keharmonian.


Bunga Bertabur Pecah Lapan

Corak bertaburan ini mempunyai motif berulang-ulang bagi menerbitkan ruang penggunaan yang harmoni, seimbang dan mempamerkan kecantikan kain tersebut. Motif bunganya mempunyai 8 kelopak bunga berasingan yang bertemu di tengah.

Pucuk Rebung Gigi Yu dan Bunga Kayohan

Satu lagi corak pucuk rebung yang dihasilkan dengan menggunakan benang emas sahaja. Baris-baris motif bunga ini disusun begitu teliti di bahagian tengah. Corak ini popular sebagai 'kepala' kain songket. Ciri tradisional dan coraknya yang seragam ini menimbulkan perasaan kekaguman terhadap kain songket.

Teluk Berantai Bunga Pecah

Corak ini boleh ditenun dengan menggunakan 10 corak yang berbeza-beza. Juga mempunyai bentuk rantai dan ia ditenun menggunakan benang emas dan perak. Di bahagian tengahnya dipenuhi motif-motif bunga dengan 4 kelopak bunga yang berasingan bagi menghasilkan kesan yang selembut seperti pada kain 'lace'.

Potong Wajik Bertabur

Corak mudah yang bertaburan ini mengujudkan kesan ruang yang luas dan padu, seimbang dan kecantikan visual yang timbul melalui corak-corak yang simetrikal. Motif ini diilhamkan daripada sejenis makanan iaitu pulut manis yang dinamakan potong wajik yang popular sebagai pencuci mulut orang-orang Melayu.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 29.04.2005
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 30mm x 40mm
Tebukan : 14
Kertas : Tera air SPM, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Creative Services Dept. TV3
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings