Oct 4, 2010

Pusat Sains Negara

0 comments











Malaysia telah bergerak maju sejak tahun-tahun kebelakangan ini dan seiring dengan dasar-dasar pembangunan negara, rakyat hari ini mesti bersedia untuk menangani arus pembangunan pesat masa hadapan. Sehubungan dengan itu, rancangan untuk menubuhkan Pusat Sains Negara telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Keenam.

Pusat Sains Negara berhasrat untuk merangsang minat dalam sains menerusi bahan-bahan pameran berinteraktif, penerbitan dan program bagi rombongan sekolah. Pusat ini memberikan suatu pengalaman pembelajaran sains dan teknologi tidak formal untuk minda kreatif.

Bangunan empat tingkat ini mempunyai bumbung berbentuk kubah yang diperbuat daripada bahan polikarbonat berwarna hijau. Kompleks pusat ini merangkumi teknologi canggih termasuk Sistem Pengurusan Bangunan Bersepadu.
Landskap sekitar pusat ini sedang dibangunkan secara berperingkat. Bagi permulaan, pengunjung dapat memerhati tanaman secara hidrofonik, tanaman herba dan kolam buatan. Kanak-kanak dapat berfikir tentang prinsip-prinsip asas sains sambil bermain di taman permainan.

Perjalanan saintifik dalam Pusat Sains Negara bermula dari laluan terowong akuarium ikan air tawar tropika. Ini diikuti pula oleh PENEROKAAN ALAM SEKITAR yang menonjolkan ancaman-ancaman alam sekitar tropika supaya pengunjung akan menghargai alam semula jadi. LALUAN KE ALAM SAINS dan LALUAN E ARAH PENEMUAN merupakan satu cara untuk memahami prinsip-prinsip asas sains dan penemuan-penemuannya. Untuk menarik minda mereka, ALAM PENEROKAAN KANAK-KANAK direka bentuk untuk menarik penghayatan mereka.

Perjalanan menaiki landasan ke aras dua membawa pengunjung ke tahap penakjuban saintifik yang lebih tinggi menerusi TECHNOMAL. Semenja mesin-mesin memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia moden, ALAM MESIN PINTAR nescaya dapat merangsang minda pengunjung. MELANGKAH KE ERA BARU boleh menjadi daya pendorong kepada pengunjung-pengunjung melihat masa depan. SUDUT PENGANUGERAHAN mempamerkan pencapaian serta sumbangan ahli-ahli sains terkenal. Berhentilah menjadi pengguna dan jadilah pereka. Orang Malaysia telah menyedari hakikat ini dan segolongan pereka tempatan telah diiktiraf. SUDUT PEREKA CIPTA menghargai kejayaan kumpulan ini.

Pusat Sains Negara juga mempunyai PERPUSTAKAAN MULTIMEDIA dan AUDITORIUM sesuai untuk kemudahan persidangan. Tetamu atau peserta boleh menjamu selera di DEWAN SERBAGUNA sambil menikmati pandangan panorama Bukit Kiara. Tetamu yang merasa penat berjalan, tetapi banayak lagi hendak dilihat bolehlah meluangkan masa berehat di ATRIUM sebelum meneruskan lawatan. KAFETERIA menyediakan makanan berkualiti dan merupakan tempat untuk persinggahan. Manakala di KEDAI SAINS menyediakan cenderamata dan pengunjung boleh membelinya untuk dibawa pulang.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 29.11.1996
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 37.75mm x 28mm
Tebukan : 14
Kertas : Tidak tera air, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Southern Colour Print, New Zealand
Pereka Bentuk Setem : The Sharper Image Sdn. Bhd.

30 sen : Sebahagian daripada molekul DNA terapung di ruang kubah Pusat sains Negara.
50 sen : Atom yang mewakili sains sejagat berputar di atas paksinya hampir dengan Pusat Sains Negara.
RM1 : Pandangan perspektif Pusat Sains Negara dengan reka bentuk yang menarik.

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings