Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah negarawan ulung yang disegani dan dicintai oleh semua rayat negara ini. Jasa bakti Almarhum Tunku, sebagai perintis dan pelopor kemerdekaan negara merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya dalam sejarah negara ini. Nama dan sumbangan Almarhum Tunku akan tertulis dengan tinta emas dalam sejarah negara.
Sebagai tanda penghargaan dan ingatan negara terhadap jasa-jasa Almarhum Tunku, kerajaan telah menubuhkan Memorial Tunku abdul Rahman Putra di bangunan Residensi (bersebelahan Jabatan Perdana Menteri) Jalan Dato' Onn Kuala Lumpur. Di samping itu, dua buah bangunan baru bereka bentuk moden dibina bersebelahan dengan bangunan ini. Bangunan Residensi ini amat bersejarah bagi Almarhum Tunku kerana ia merupakan tempat bersejarah bagi Almarhum Tunku kerana ia merupakan tempat kediaman rasmi Tunku Abdul Rahman (sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu 1956-1957, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1957-1963 dan Perdana Menteri Malaysia 1963-1970) sehinggalah Almarhum bersara.
Penubuhan Memorial ini adalah untuk menyimpan dan memelihara segala bahan, khazanah Almarhum Tunku Abdul Rahman sebelum, semasa dan selepas Almarhum menjadi Perdana Menteri. Bahan-bahan yang berkaitan dengan Almarhum yang terkumpul ini akan dipamerkan kepada pelawat. Bahan-bahan yang dipamerkan ini akan dapat menyebarkan segala maklumat berhubung dengan Almarhum Tunku serta dapat memberi kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada orang ramai. Pameran Memorial Tunku Abdul Rahman ini akan dapat memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada orang ramai berhubung dengan perjuangan Almarhum Tunku serta dapat menimbulkan semangat dan rasa cinta kepada negara.
BUTIRAN TEKNIK
Tarikh Keluaran : 10.11.1994
Denominasi : 30 sen & RM1
Saiz Setem : 28mm x 38mm
Tebukan : 13
Kertas : Unwatermarked
Proses Pencetakan : Litografi
Pencetak : Leigh - Mardon Pte. Limited, Australia
Kandungan Helaian : 100 setem
Pereka Bentuk Setem : Tony Teh Chin Seng c/o De Art Forms Sdn. Bhd.
Post a Comment