Negeri Melaka - negeri yang tertua di Malaysia, mengandungi tinggalan dan warisan sejarah negara yang kaya bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, perjuangan nasionalisme hinggalah ke peristiwa Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara.
Memandangkan kekayaan sejarah yang berbagai-bagai ini, konvensyen Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April 1987 telah merumuskan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia.
Dengan pengiktirafan ini, Kerajaan Negeri Melaka akan dapat bertindak dengan lebih berkesan, meluas dan tegas untuk melayakkan dan melengkapkan dirinya sesuai dengan jangkaan dan status bersejarah ini.
Pengiktirafan ini kelak akan meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang telah mempunyai Bandaraya Bersejarah seperti Maghribi dengan Bandaraya Bersejarah Fez, Portugal dengan Bandaraya Bersejarah Lisbon dan Itali dengan Bandaraya Bersejarah Venice. Ia kelak akan lebih memasyhurkan nama Malaysia di mata dunia dan akan menjadi warisan seluruh rakyat Malaysia yang cinta dan kasih pada masa depan negara.
Maka untuk memenuhi cita-cita dan aspirasi ini, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah bersetuju dengan rasminya untuk mengisytiharkan Melaka yang kaya dengan sejarahnya sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April 1989.
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Proklamasi kemerdekaan pada 20hb Februari 1956, oleh YTMTuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah diumumkan di Padang Bandar Hilir (Padang Pahlawan) Melaka. Bagi memperingati detik bersejarah ini, Kerajaan Melaka telah memilih Bangunan Kelab Melaka untuk dijadikan 'Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan'. Sejak 31hb Ogos 1985, bangunan lama (bina pada 1911) ini telah menjadi Pusat Pameran yang mengandungi bahan-bahan peristiwa bersejarah mengenai perjuangan kemerdekaan negara. Bahan pameran mengandungi dokumentasi bersejarah, gambar, pita, majalah, rakaman ucapan penting, minit mesyuarat dan lain-lain yang akan dapat menimbulkan kesedaran generasi sekarang akan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.
Porta De Santiago
Porta De Santiago adalah satu daripada empat pintu gerbang Kota Portugis yang mengelilingi Bukit St. Paul. Semasa peperangan di antara Portugis dan Belanda pada tahun 1641 kotanya telah mengalami kerosakan. belanda telah membaiki kota tersebut dan kerja pembaikannya selesai pada tahun 1670. Apabila British mengambil alih Melaka pada tahun 1795 mereka memecahkan keseluruhan kota tersebut. Walau bagaimanapun campurtangan Stamford Raffles telah dapat menyelamatkan pintu gerbang ini.
Istana Kesultanan Melaka
Bangunan ini merupakan replika Istana Kesultanan Melaka yang didirikan di satu kawasan Kompleks Sejarah yang paling strategik di negeri ini. Di Istana inilah tempat menapaknya kegemilangan tamadun Melayu. Bangunan replika Istana Kesultanan Melayu ini merupakan Muzium Budaya yang mempamerkan khazanah budaya Melaka.
BUTIRAN TEKNIK
Tarikh Keluaran : 15.4.1989
Denominasi : 20¢ , 50¢ & $1.00
Saiz Setem : 28mm x 38mm
Kertas : Tidak tera air, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Malaysia
Pereka Bentuk Setem : Peter Khang Howe Ket
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen, Gambar Masjid Kampung Hulu
Tarikh Keluaran : 15.4.1989
Denominasi : 20¢ , 50¢ & $1.00
Saiz Setem : 28mm x 38mm
Kertas : Tidak tera air, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Malaysia
Pereka Bentuk Setem : Peter Khang Howe Ket
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen, Gambar Masjid Kampung Hulu
Post a Comment