Oct 2, 2010

Menara Kuala Lumpur

1 comments











Terletak di Bukit Nanas, pada ketinggian 94 meter di atas paras laut yang mencapai ketinggian 421 meter, Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia.

Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) merupakan satu lagi projek penswastaan oleh kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab merancang, mereka bentuk, membina, menjalankan operasi dan menguruskan Menara Kuala Lumpur.

Menara ini mengandungi lima bahagian, iaitu bahagian asas, bahagian melancong, tiang menara, kepala menara dan tiang antena. Para pelanggan hanya boleh memasuki bahagian ruang melancong, pentas tinjau dan restoran berputar. Dua aras bahagian melancong dihubungkan kepada kawasan pejalan kaki sepanjang 146 meter yang memberikan impak kepada bahagian tengah menara. Kawasan utama untuk orang ramai yang terletak di aras bawah mengandungi sembilan lot kedai, restoran makanan segera, panggung, ampiteater, bilik sembahyang, tandas awam dan ruang pejabat.

Ampiteater boleh menampung seramai 222 orang. Panggungnya yang menyediakan tempat untuk 57 orang pengunjung mengadakan tayangan filem dokumentari untuk mereka yang sedang menunggu untuk ke pentas tinjauan.

Restoran berputar di tempatkan di paras ketinggian 282 meter dari tingkat bawah dan mempunyai kapasiti tempat duduk untuk 250 orang. restoran ini mengambil satu jam untuk berputar penuh 360°.

Menara Kuala Lumpur juga menyediakan ruang untuk melihat pemandangan yang terletak di bawah restoran berputar dan boleh menampung seramai 150 orang pelanggan. Ruang ini yang terletak pada paras ketinggian 276 meter dari aras laut disediakan untuk kegunaan orang ramai bagi melihat pemandangan bandaraya yang sangat menarik bahkan mereka dapat melihat sehingga ke Selat Melaka jika cuaca baik.

Elavator yang mempunyai kelajuan tinggi disediakan untuk membawa pelancong, orang ramai dan juga barang-barang dari aras bawah ke Kepala Menara. Dua orang petugas elavator bersedia memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan keupayaan membawa 21 orang setiap satu. Setiap elavator mempunyai kelajuan 6 meter sesaat dan mengambil masa satu minit untuk sampai ke pentas tinjau. Dua buah elavator yang lain direka bentuk secara eksklusif sebagai jalan masuk untuk menyelenggarakan dan memasang peralatan telekomunikasi.

Menara ini akan menyediakan kemudahan asas bagi telekomunikasi, penyiaran, stesen TV dan radio yang akan dipancarkan ke seluruh bandaraya Kuala Lumpur.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 1.10.1996
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 37.2mm x 28mm
Tebukan : 14
Kandungan Helaian : 50 setem
Kertas : Tidak tera air, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Southern Colour Print, New Zealand
Sampul Surat hari Pertama : 20 sen

Setem 30 sen menggambarkan Menara Kuala Lumpur, sebuah destinasi pelancongan yang mengagumkan, di puncak Bukit Nanas. Di sini banda raya Kuala Lumpur dapat dilihat.

Setem 50 sen menekankan keindahan reka bentuk pada kelopak kola di kepala Menara yang konsepnya berasaskan seni reka Islam.

Setem RM1 menunjukkan panorama waktu malam Kuala Lumpur 'Bandar Raya Bercahaya'.

One Response so far.

  1. Unknown says:

    How to know its value after so many year until now? (year 1996 to year 2017)?
    any reference guide?

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings