Oct 8, 2010

Petronas Twin Towers

5 comments


Menara Kembar PETRONAS setinggi 88 tingkat yang diiktiraf sebagai bangunan kembar tertinggi di dunia oleh majlis Bangunan Tinggi dan Kediaman Bandar berdiri tegak dengan megahnya pada ketinggian 452 meter di tengah-tengah Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia. Sebagai hasil karya seni bina, reka bentuk Menara Kembar itu diilhamkan oleh arkitek termasyhur Cesar Pelli dan didirikan dalam fasa pertama projek bandaraya-dalam-bandaraya, meliputi kawasan seluas 100 ekar, yang dikenali sebagai Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Sebagai lambang keteguhan dan keanggunan, jalinan reka bentuk yang rumit pada menara itu adalah hasil gemblengan pola-pola geometrik yang lazimnya terserlah dalam seni bina Islam. Sepuhan keluli tahan karat di bahagian luar bangunan memberikan gambaran persis reben perak manakala kacanya yang membalikkan pancaran suria menggerlapan seakan-akan berlian yang indah tercanai. Sebuah jejantas udara sepanjang 58.4 meter di tingkat 41 dan 42 menghubungkan kedua-dua bangunan itu pada ketinggian 170 meter dari paras jalan. Jejantas unik ini dengan sangganya seolah-olah membentuk arca sebuah gapura yang mengalu-alukan pengunjung ke KLCC dan ke seluruh kawasan Kuala Lumpur moden. Ruang legar di tingkat-tingkat ini menjadi tempat persinggahan bagi pengunjung untuk ke tingkat-tingkat lebih tinggi atau ke menara yang sebuah lagi.

Menara Kembar PETRONAS diperlengkap dengan kemudahan dan ciri-ciri bangunan bestari. Tentuan atau spesifikasinya yang terkini lagi menjimatkan tenaga telah direka bentuk khas untuk mewujudkan iklim bekerja yang selesa mungkin dalam suasana yang meyakinkan dan selamat. Setiap menara dilengkapi dengan 29 buah lif dua tingkat yang laju dan boleh membawa penumpang ke tingkat-tingkat di bahagian atas dalam masa kurang dua minit. Terletak di blok podium, di antara kedua-dua buah menara, ialah dewan Fiharmonik PETRONAS, sebuah dewan konsert bertaraf dunia yang boleh menampung 864 orang penonton; PETROSAINS, sebuah pusat penemuan petroleum berciri interaktif; sebuah perpustakaan rujukan mengenai tenaga, petroleum, petrokimia dan industri berkaitan; dan Galeri PETRONAS, iaitu sebuah galeri seni lukis bertaraf antarabangsa.

Kedua-dua buah menara itu menyediakan ruang seluas 238,675 meter persegi bagi kegunaan pejabat, kemudahan eksklusif dan untuk persidangan. Menara 1 menempatkan ibi pejabat korporat yang baru bagi Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS), iaitu perbadanan nasional minyak Malaysia yang juga merupakan pemilik Menara Kembar.

Menara Kembar PETRONAS dengan puncaknya yang berkilauan dipanah mentari dan tegak menerjah langit tropika Kuala Lumpur, sesungguhnya adalah lambang kejayaan ekonomi serta kemajuan Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020 di samping menjadi mercu tanda kebangsaan yang baru bagi dunia.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 30.8.1999
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1
Saiz Setem : 30mm x 48mm
Tebukan : 14
Kertas : Tidak tera air, bersalut fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Southern Colour Print, New Zealand
Pereka Bentuk Setem : CBN Worldwide Sdn. bhd.
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen


Setem 30 sen memaparkan Menara Kembar PETRONAS berlatarbelakangkan waktu siang yang cerah.
Setem 50 sen memaprkan struktur kerangka lukisan senibina menara Kembar PETRONAS.
Setem RM1 memaparkan Menara Kembar PETRONAS bercahaya pada waktu malam.

5 Responses so far.

  1. ish3x... suspen jee... ingatkan twin tower nak kena jual...hehehe

  2. Kalau pengumpul setem ... diorang memang suka nie

  3. kelhome says:

    dulu2 ada gak minat filateli nih, pastu dah berenti dah skrg..

  4. Ejen 010 says:

    hazman; hehe..saja buat saspen sket..
    kisahsensasi; betul tu..
    kelhome; biasa la..dah bz dgn keje2 lain..

  5. nazrulART says:

    saya minat benda2 nie..hehhe..tapi xkumpul la..jemput la ke blog ye semua kawan2

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings