Betta splendens
Betta splendens adalah sejenis ikan pelaga yang dihasilkan dari kacukan ikan pelaga Malaysia, Thailand dan Kampuchea. Ikan pelaga jenis ini sangat popular dijadikan sebagai ikan hiasan. Ikan jenis ini tidak membiak secara semula jadi di negara kita, sebaliknya ia membiak secara kacukan melalui teknik piawai pembiakan betta. Pembiakan dan pemilihan Betta splendens untuk dikomersilkan giat dijalankan di negara kita. Baka baru ini sebenarnya berasal daripada ikan yang tidak menarik, berwarna kehijauan dan bersirip pendek yang masih dibiak di Thailand untuk mendapatkan baka laga. Penghibridan baka yang berbeza pada umumnya dijalankan bagi melahirkan hibrid baru yang memikat, malah sering kali terhasil Betta splendens berwarna menarik dengan pelbagai bentuk sirip. Betta splendens kebiasaannya hidup bersama-sama dengan spesies lain yang sama saiz. Bagaimanapun, ikan jantannya akan bertindak menyerang satu sama lain. Untuk mengelakkan pergaduhan, ianya hendaklah disimpan secara berasingan di dalam bekas yang lut sinar.
Pelaga Sawah (Betta imbellis)
Spesies ini mudah ditemui di kawasan air berasid yang bertakung seperti di sawah padi, kebun getah atau kelapa. Kurang agresif jika dibandingkan dengan ikan pelaga biasa. Ikan jantan mempunyai warna hijau atau biru kehijauan. Boleh membiak dengan mudah di dalam kurungan sekiranya dipelihara di dalam air yang berasid dengan tumbuhan yang banyak serta mudah menyesuaikan kehidupan di dalam akuarium.
Pelaga Merah (Betta coccina)
Ikan ini sangat pemalu dan dikenali sebagai spesies Betta paling kecil atau bantut. Hanya boleh ditemui di kawasan tanah gambut. Walau bagaimanapun ianya dapat menyesuaikan diri di dalam air neutral. Ianya boleh membiak sekiranya diberi suasana yang sesuai dan tempat yang tersembunyi seperti di bawah tunggul kayu atau tumbuhan air. Ikan ini boleh membiak di dalam paip PVC dan di bawah tunggul kayu. Sepasang ikan boleh menghasilkan sekitar 30 ekor anak.
BUTIRAN TEKNIK
Tarikh Keluaran : 26.4.2003
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1 (2 reka bentuk)
Saiz Setem : 40mm x 30mm
Tebukan : 14
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Hazel Design
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Tarikh Keluaran : 26.4.2003
Denominasi : 30 sen, 50 sen & RM1 (2 reka bentuk)
Saiz Setem : 40mm x 30mm
Tebukan : 14
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Hazel Design
Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen
Post a Comment