Nov 19, 2010

Jambori Nasional Malaysia Ke-7

2 comments

Di Malaysia Pergerakan Pengakap mula ditubuhkan dalam tahun 1910. Perkembangan ini sekarang merebak ke seluruh daerah di negeri-negeri di Malaysia.

Sejak kemerdekaan negara, corak Pergerakan Pengakap Malaysia telah diubahsuai dengan kehendak zaman dan aspirasi negara. Skim latihannya telah diselaraskan dengan kurikulum pendidikan.

Pergerakan Pengakap ialah sebuah pertubuhan sukarela yang unik dan menarik. Ia mempunyai prinsip tersendiri yang luas dan murni. Matlamat pergerakan ini adalah untuk menyerapkan nilai-nilai kesetiaan yang tinggi, peribadi yang baik, ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup dan berdikari. Nilai-nilai itu memberikan kesan ke arah menjadikan mereka rakyat yang berguna kepada masyarakat dalam konteks pembangunan negara. Dengan konsep pendidikan dan aktiviti-aktiviti yang unik itu telah menarik lebih daripada 200,000 kanak-kanak di seluruh Malaysia menceburkan diri menjadi Pengakap.

Anggotanya terdiri daripada berbagai-bagai bangsa, keturunan, agama dan kebudayaan yang berbeza. Namun demikian semuanya mengamalkan dasar dan tujuan yang satu dengan menganggap bahawa semua Pengakap bersaudara. Dengan tujuan untuk mengeratkan persaudaraan itu, maka Jambori diwujudkan. Objektif Jambori ini selain mengeratkan tali persaudaraan adalah juga bertujuan mengukuhkan dan menghormati disiplin. Untuk itu tema Jambori ini telah dipilih iaitu "DISIPLIN KUKUH NEGARA TEGUH".

Jambori Pengakap yang pertama di dunia telah diadakan di Olympia, London dalam tahun 1920 yang kemudiannya berkembang ke seluruh dunia di berbagai-bagai peringkat negara dan negeri.

Jambori Pengakap Malaysia yang pertama telah diadakan di Pulau Pinang dalam tahun 1966, kedua di Melaka dalam tahun 1970, ketiga di Johor Darul Takzim dalam tahun 1974, keempat di Sarawak dalam tahun 1978, kelima di Kelantan Darul Naim dalam tahun 1982, keenam di Pahang Darul Makmur dalam tahun 1986 dan ketujuh di Perak Darul Ridzuan.

Jambori Nasional Malaysia Ke-7 kali ini diadakan di Teluk Batik, Manjung, Perak Darul Ridzuan dari 24hb hingga 31hb Julai 1989 di satu kawasan hutan yang subur dan menghijau. Keadaan alam semula jadi yang segar, berbukit-bukau dan berpantai indah menjadikan suasana kawasan Jambori ini menarik dan sesuai untuk perkhemahan pengakap.

Lebih daripada 5,000 orang pengakap akan menghadiri Jambori ini yang terdiri daripada pengakap-pengakap Malaysia dan pengakap-pengakap luar.


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 28.7.1989
Denominasi : 10 sen, 20 sen dan 80 sen
Saiz Setem : 28mm x 38mm
Kertas : Tera Air SPM Bersalut Fosfor
Proses Percetakan  : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd.  
  40650 Petaling Jaya
Pereka Bentuk Setem : Tony Teh Chin Seng

  c/o De Art Forms Sdn. Bhd.
Sampul Surat Hari Pertama : 20 sen

2 Responses so far.

  1. iaryylr says:

    dulu penarh juga jadi pengakap, tapi tak pernah cikgu bawa khemah...

  2. Ejen 010 says:

    xmasuk hutan kot..sbb tu x bawak khemah..hehe..

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
There was an error in this gadget
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings