Buat julung kalinya dalam sejarah hoki antarabangsa, Kuala Lumpur satu-satunya bandaraya yang diberi penghormatan selaku tuan rumah piala dunia lebih dari sekali. Hoki Piala Dunia Lelaki Ke-10 ini berlangsung lebih 2 minggu bermula 24 Februari hingga 9 Mac 2002.
Negara-negara yang akan merebut gelaran berprestij ini termasuk dari Eropah, juara bertahan Belanda, juara Eropah German, pemenang kedua Piala Dunia 1998 Sepanyol serta England, Poland dan Belgium. Asia pula diwakili 5 negara buat pertama kalinya iaitu negara tuan rumah Malaysia, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Korea Selatan, pemenang 4 kali juara dunia Pakistan serta juara terdahulu India. Argentina serta Cuba yang buat pertama kalinya layak ke kejohanan ini adalah wakil dari benua Amerika manakala pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Australia dan New Zealand membawa pengharapan dari benua Asia Pasifik. Afrika Selatan pula adalah satu-satunya penyertaan dari benua Afrika.
Sebagai lokasi utama kejohanan, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, terletak 20 km dari pusat bandar akan menyaksikan 72 perlawanan dari 16 negara yang mengambil bahagian.
BUTIRAN TEKNIK
Tarikh Keluaran | : 2.1.2002 |
Denominasi | : 30 sen, 50 sen, RM1.00 |
Saiz Setem | : (38~13 3/4mm x 28~13 1/2mm) |
Kertas | : Tera Air SPM, Bersalut Fosor |
Proses Percetakan | : Litografi |
Pencetak | : Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd. |
Pereka Bentuk | : Hazel Design |
Sampul Surat Hari Pertama | : 30 sen |
Post a Comment