Nov 5, 2010

Siri Milenium III : Semangat Malaysia Baru

1 comments
# 1

These are the people who believed that success is determined only by the limits of one's imagination.

Penaklukan Gunung Everest

Pada 23 May 1997, dua wira Malaysia, M. Magendran dan N. Mohandas telah membuat setiap rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan mereka menakluki Gunung Everest, gunung yang tertinggi di dunia. Meskipun kejayaan itu 42 tahun terkemudian daripada kejayaan Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay, ia tetap menjadi satu pencapaian yang membanggakan. Usaha mereka untuk menakluki gunung tersebut telah mendapat liputan harian secara langsung selama 55 hari. Ini semua dapat dilakukan berkat kegigihan sembilan anggota Projek Everest '97 dari RTM.


Meredah Salji ke Darjah Sifar

Pada tanggal 19 April 1999, dua adik beradik, Gerald malcolm dan Justin Maurice Read mengukir nama dalam sejarah tanah air sebagai rakyat Malaysia yang pertama menjelajah ke Kutub Utara. Dengan hanya berbekalkan keazaman dan semangat waja, mereka mengharungi suhu getir 30 darjah di bawah paras beku untuk meredah salji sejauh lebih daripada 110 kilometer dalam masa 11 hari.


'Flying Grandpa' dan Pasukannya

Pada 21 April 1998, satu pasukan payung terjun yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia membawa Malaysia maju setapak lagi dalam perjalanannya untuk mencipta Rakyat Malaysia Baru. Apa yang dilakukan oleh mereka membuat kebanyakan orang kecut menggigil. Turut membuat terjunan bebas ke medan beku di Kutub Utara bersama pasukan tersebut ialah Abdul Rahim Dahalan, 52 tahun yang diberi nama jolokan 'Flying Grandpa'. Sekaligus beliau telah mencatatkan namanya sebagai rakyat Malaysia yang tertua menjejak kaki di Kutub Utara. Pencapaiannya membuktikan kepada kita semua bahawa kita sebenarnya hanya disekat oleh bendungan yang sengaja dibina oleh daya imaginasi kita sendiri.


# 2

Pelayaran Mengelilingi Dunia Secara Solo

Dia adalah contoh unggul Semangat Malaysia Baru. Bagi mereka yang berani, apa yang diilhamkan pasti akan tercapai. Datuk Azhar Mansor menjadi saksi. Dalam usahanya untuk mencapai satu impian dan sekaligus mencipta rekod berkembar belayar mengelilingi dunia secara solo tanpa bantuan kuasa enjin dan melakukannya dalam masa kurang 100 hari, pelayar yang berusia 41 tahun ini telah sanggup menggadaikan nyawa. Beliau berangkat pada 2 Februari 1999. Selama 190 hari, beliau membawa Jalur Gemilang yang berharga RM2 juta itu melayari samudera raya sejauh 21,600 batu nautika. Di perairan yang paling berbahaya, kemahiran serta kecekalannya sebagai insan ciptaan Tuhan diduga.

Impiannya hampir terkubur apabila tiang layar Jalur Gemilang patah semasa mengelilingi Tanjung Horn di luar pesisir Amerika Selatan. Oleh kerana tidak mahu melihat cabaran berani seorang wira Malaysia terbengkalai, Tentera Udara Malaysia telah bertindak cemerlang. Usaha penerbangan 662 boleh dianggap satu usaha yang luar biasa. pesawat C130H Hercules berlepas dari pangkalan udara Subang pada 8 Mei membuat penerbangan lima hari dan telah singgah di Australia untuk mendapatkan tiang ganti serta alat-alat lain bagi jalur Gemilang sebelum meneruskan penerbangan ke Kepulauan Falkland.

Pada malam 11 Ogos 1999, Datuk Azhar Mansor tiba di Awana Porto Malai Resort. Meskipun beliau gagal mencipta rekod berkembar itu, keperwiraan Datuk Azhar Mansor adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Syabas, satu pelayaran yang baik!


BUTIRAN TEKNIK

Tarikh Keluaran : 20.2.2000
Denominasi : Design #1 50 sen x 3 / Design #2 50 sen x 1
Saiz Setem : 120mm x 80mm
Tebukan : 13
Kertas : Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Percetakan : Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd.
Pereka Bentuk Setem : Peter Chuah PK
2 Sampul Surat Hari Pertama : 30 sen x 2

One Response so far.

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings