Nov 21, 2010

Pelancaran Pos Malaysia Berhad

2 comments

Perkhidmatan pos telah wujud di negara ini pada awal tahun 1800an. Ia bermula di Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Perkhidmatan pos telah ditubuhkan kemudiannya di tempat-tempat lain mulai 1877 hingga 1910. Pada tahun 1935 Kesatuan Pos Malaya telah dibentuk dengan dianggotai oleh Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Persekutuan. Selepas pendudukan Jepun, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu telah menganggotai Kesatuan tersebut.


Sepanjang sejarah 200 tahun, perkhidmatan pos telah beroperasi sebagai jabatan kerajaan. Pada mulanya pejabat pos hanya mengendalikan pengiriman surat. Perkhidmatan bungkusan, pendaftaran, perkhidmatan pos berinsuran dan perkhidmatan bayar waktu terima diperkenalkan secara berperingkat. Perkhidmatan kiriman wang dan wang pos bersama perkhidmatan Bank Simpanan Pejabat Pos juga diperkenalkan kemudiannya. Dengan perluasan jentera kerajaan, pejabat pos telah menyelenggarakan perkhidmatan agensi bagi pihak jabatan-jabatan kerajaan lain dan bukan berkanun.


Mulai 1 Januari 1992, Jabatan Perkhidmatan Pos bertukar imej menjadi sebuah badan korporat. Sebuah syarikat milik kerajaan, Pos Malaysia Berhad mengambilalih perkhidmatan pos di Malaysia. Pos malaysia Berhad akan terus memberi segala jenis perkhidmatan pos yang telah diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Pos selama ini. Malah kerajaan melalui Syarikat Perkhidmatan Pos Malaysia berhasrat mewujudkan sebuah organisasi yang progresif, dengan pendekatan komersial serta dikenali sebagai suatu perusahaan perniagaan.


Pada mulanya perkhidmatan pos akan beroperasi sebagai sebuah badan korporat milik penuh kerajaan sebelum diswastakan kelak. Objektif memperbadankan dan menswastakan perkhidmatan pos ialah untuk meninggikan tahap kecekapan dan produktiviti yang sedia ada di samping membawa manfaat yang lebih kepada kakitangan.


Berdasarkan kepada sejarah penubuhan perkhidmatan pos hingga ke penswastaan, tidak dapat dinafikan lagi pos merupakan satu media komunikasi yang penting di kalangan masyarakat yang harus dimajukan.



Logo Pos Malaysia memperingati penswastaan perkhidmatan pos di Malaysia. Gambaran burung merpati, iaitu lambang penghantaran menjadi corak utama logo tersebut. Ia juga menyanjungi ketibaan satu era baru dalam peghantaran komunikasi di Malaysia.



BUTIRAN TEKNIK


Tarikh Keluaran: 1.1.1992
Denominasi: 5 setem bernilai 30¢ setiap satu
Saiz Setem: 27.94mm x 44.45mm
Kertas: Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
Proses Pencetakan : Litografi
Pencetak: Security Printers (M) Sdn. Bhd.
Perekabentuk Setem  : Ismail & Associates Sdn. Bhd.
Sampul Surat Hari Pertama  : 20 sen

2 Responses so far.

  1. Iaryylr says:

    Dapat basikal posmen tu ok jugakan!

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings