Nov 20, 2010

Ulang Tahun Ke-10 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2 comments

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah dianugerahkan taraf Bandaraya pada 1 Februari 1972. Di sinilah tertumpunya perkhidmatan-perkhidmatan peringkat metropolis yang khusus, kegiatan-kegiatan perdagangan dan perniagaan nasional dan antarabangsa, pusat perindustrian, aktiviti-aktiviti Kerajaan pusat, pentadbiran dan perhubungan. Berikutan dari itu, pada tahun 1974, luas ibukota Persekutuan telah diperbesarkan menjadi 243 kilometer persegi (94 batu persegi) dan semenjak itu dikenali sebagai Wilayah Persekutuan dengan anggaran penduduknya seramai 1,036,000 orang. (Mengikut Laporan Penyiasatan jumlah penduduk Kuala Lumpur dalam tahun 1980)

Dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, Wilayah Persekutuan telah mengalami keadaan perubahan sosial ekonomi dan fizikal yang pesat. Adalah menjadi tujuan pihak berkuasa untuk merancang bagi mengadakan sebuah bandaraya yang dinamik, cekap dan selesa. Sebagai salah satu ibukota pengeluar-pengeluar utama barangan utama di dunia, kerajaan telah berazam untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan serantau dan antarabangsa.

Semenjak merdeka, Kuala Lumpur telah memainkan peranannya sebagai sebuah pusat pentadbiran dan politik. Di sinilah terletaknya hampir kesemua Kementerian Kerajaan, ibu pejabat Jabatan, agensi awam dan kedutaan asing. Dengan pengisytiharan bandaraya dan pembentukan Wilayah Persekutuan, Bandaraya Kuala Lumpur adalah di dalam proses menyesuaikan peranannya terutama sekali dalam bidang ekonomi dan sosial supaya penghuninya dapat menikmati kehidupan bandar yang tinggi dan selesa.

Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain baik dari aspek-aspek kecantikan dan keselesaan bandar serta lain-lain kemudahan. Dewasa ini kerajaan telah mempertingkatkan usaha untuk mengindahkan Kuala Lumpur selaras dengan matlamat kerajaan hendak menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar contoh. Segala kemudahan ini memberi kesan kepada penduduk sekarang yang mementingkan soal-soal kualiti hidup dan persekitaran yang baik.

Pada masa ini beberapa bahagian tertentu di Kuala Lumpur didapati amat menarik. Walau bagaimanapun, akibat daripada pembangunan telah banyak pokok-pokok dan ciri semula jadi telah termusnah. Dengan itu, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memelihara dan mengekalkan pokok-pokok dan pandangan semula jadi yang menarik bagi meningkatkan mutu alam sekitar dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai 'Bandaraya Taman'.

Di dalam konteks pembangunan Wilayah, adalah menjadi objektif negara untuk mencapai suatu keseimbangan di antara wilayah-wilayah. Tujuannya ialah untuk mencapai suatu pembahagian yang saksama bukan sahaja dari segi pendapatan, tetapi juga dalam memberikan kemudahan kesihatan, pelajaran, kemudahan awam, lipurdiri, perumahan dan peluang-peluang untuk kemajuan sosial dan ekonomi bagi semua penduduk mengikut matlamat Dasar Ekonomi Baru.

Pada umumya dasar-dasar ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kualiti kehidupan bandar, meningkatkan peluang-peluang pekerjaan, memperbaiki pendapatan sebenar menerusi peruntukan perumahan, kemudahan-kemudahan dan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap, serta menambahkan penyertaan mereka-mereka yang kurang bernasib baik di dalam aktiviti-aktiviti ekonomi.

BUTIRAN TEKNIK


Tarikh Keluaran : 1.2.1984
Denominasi : 20¢, 40¢ dan 80¢
Saiz Setem : 39mm x 24.5mm
Kertas : Tidak Bertikas Air
Proses Pencetakan  : Offset Litografi
Pencetak : Security Printers (M) Sdn. Bhd.
  Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Rekabentuk : Institut Teknologi Mara, Shah Alam

2 Responses so far.

  1. Ken Wooi says:

    too bad im not working in KL, or else got holiday :)

  2. Ejen 010 says:

    me too ken..but don't worry, Malaysia have plenty of public holidays..hehe
    :D

Labels

1981 (1) 1984 (2) 1985 (2) 1986 (1) 1989 (2) 1992 (2) 1994 (3) 1996 (3) 1997 (1) 1998 (2) 1999 (4) 2000 (3) 2001 (7) 2002 (2) 2003 (3) 2004 (1) 2005 (1) 2007 (1) 2008 (1) 2010 (5) 2011 (4) bangunan dan tempat (14) flora dan fauna (10) kebudayaan (5) pengangkutan (4) peristiwa (10) raja dan tokoh (3) sukan (5)
__________________________________________ .
 
Sampul Surat Hari Pertama © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings